Posts

Showing posts from October, 2014

LIVE UPDATE MAJLIS PERTUNANGAN AQILAH 9 NOVEMBER 2014

Image
Tinggal berbaki 15 hari 350 jam sahaja lagi majlis pertunangan sepupu akan berlangsung. Debaran makin terasa buat sang bunga apabila bakal disarungkan cincin ke jari manis oleh bakal ibu mertua pengantin lelaki, Fauziah rosman tepat jam 3.25 Petang di teratak Tuan Haji Mohd Izazi Seman di Banting, Selangor.. Majlis pertunangan Aqilah Mohd izazi bakal diadakan pada 9 November depan. Hanya dihadiri oleh kaum keluarga & sahabat taulan sebagai jemputan. Majlis dibuat secara tertutup. Cik Mie akan membawa kan anda secara live dalam blog itu nanti insyallah. Korang juga boleh ikuti istiadat pertunangan qila di laman rasmi instagram me,  http://instagram.com/kisahhelmi  ok.  Semoga majlis pertunangan itu nanti diberkati oleh Allah & mudah mudahan berjalan dengan lancar. amin, Admin akan update dan  bawakan anda kesuluruhan majlis & tarikh pengumuman pernikahan & persandingan Qila hari itu. 

NOMBOR 1 - SLEEQ (Lirik lagu)

Image
Nak tak nak percaya bahawa kau yang no 1 Tak pernah ku sangka Tak pernah ku sangka kau yang nombor 1 hanya kau yang dihatiku Tak pernah ku sangka Tak pernah ku sangka kau yang nombor 1 hanya kau yang dihatiku Ohhhh ohhh ohhh ohhh berapa banyak kali kalau untukmu lagu apa pun tak kan basi  padaku engkau perlu bukan tas atau baju bukan jam atau keju tapi sebentuk cincin hanya satu kau perlu hanya satu dah cukup kasihku dah cukup untuk selama Selamanya beria punya dipinta dengan selamba selamanya ku lindungi diri dari yang diminta kena tampar janji kau akan hidup lebih bermakna dari *kradaaa hanya baik di ambil dengar dengar dengan teliti  pinjam telinga Nabil Segalanya yang ku suka engkau  ada Segalanya yang ku suka engkau  ada Tak pernah ku sangka Tak pernah ku sangka kau yang nombor 1 hanya kau yang dihatiku Tak pernah ku sangka Tak pernah ku sangka kau yang nombor 1 hanya kau yang dihatiku Nak tak nak percaya bahawa

AQILAH MOHD IZAZI TUNANG 9 NOVEMBER

Image
Alhamdulillah, desas desus percintaan sepupu aku yang sorang  ni akhirnya terjawab sudah apabila mengesahkan pertunangan beliau pada 9 november depan di Kediaman rasmi di Banting. Aqilah Mohd izazi, 26 bakal mengikat tali pertunangan selama setahun je. Ini yang sudah disahkan oleh mak beliau baru-baru ini. Khabar nya majlis persandingan Qila nama timangan beliau akan diadakan sekitar bulan Mei tahun hadapan. Barakallah hu lakuma Qila. Lepas ni turn aku pula, hmm Tunang beliau sebenarnya orang sekampung je, cuma yang beza adalah umur, sampai sekarang masih tak tahu siapa nama gerangan tunangan kila ni, yang tahu pun muka dia macam mana. itu je.. So, nantikan gambar sekitar Majlis pertunangan Qila coming soon .. #eday #qilaSolemnization Qila tunang 9 november 2014

GOOD LUCK NISA & FARAHWAHIDA FOR PT3

Image
Dup dap dup dap rasa saat ini . Begitulah juga rasanya debar yang dirasai  oleh calon Pentaksiran ting 3 atau singkatannya (PT3). Mana taknya berdebar, next week 13 October sampai 17 october diorang nak exam dah. Terlalu cepat sahaja masa berlalu,hmm. Rasa-rasa ini tahun pertama peperiksaan PT3 dilaksanakan oleh kementerian Pendidikan yang menggantikan PMR kan. Tak nak bebel panjang2 lah, cuma nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan " All the best & Good luck PT3 ini untuk Sepupu, Nisa Najwa Bt Ahmad najid & member borak sms merangkap member nisa sendiri iaitu Farahwahida, semoga dapat menjawab soalan dengan tenang, jangan gabra taw. Aku doalam korang dapat keputusan yang baik nanti, insyallah" Ucapan aku agak special untuk diorang, hahaha... yelah dah setahun diorang bertungkus lumus study bagai nak rak, inilah masanya untuk kita wish luck bagi diorang kata-kata semangat.. Nanti time result keluar share-share la sini. Calon PT3 Nisa Najwa (SMK MERU)

SALAM AIDILADHA 2014 BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH

Image
Assalamualaikum Followers. Lama tak jumpa, Alhamdulillah esok 5 Oktober 2014  esok seluruh kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia berkesempatan untuk menyambut hari raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai hari raya korban. Aidiladha adalah sebagai memperingati kisah pengorbanan Nabi  Ibrahim A.s yang diperintah oleh Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi tuntutan dari Allah swt. Hari raya Aidiladha jatuh pada hari ke 10  Zulhijjah , bulan terakhir dalam kalendar islam. Apa istimewanya lagi 10 Zulhijjah lagi di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Pengorbanan perlukan perjuangan, salam Aidildha Di kesempatan Cik Mie & family ingin mengucapkan salam Aidiladha kepada semua umat islam khususnya di s Malaysia. Semoga pengajaran disebalik Aidiladha ini meningkatkan ibadah & hubungan kita dengan yang maha esa.