Posts

Showing posts from July, 2018

ARWAH SI IBU SAAT DATANG MELAWAT JENAZAH ANAKNYA

Image
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang islam di hospital. Lebih kurang pukul 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik, mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada di dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia 20-an .Allah Maha berkuasa. Tiba tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu