Posts

Showing posts from February, 2015

YUSOF TAHIR BAPA MUZI YUSOF MH370 MENINGGAL DUNIA

Image
Assalamualaikum, dengan rasa dukacita nya saya ingin merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Yusof Tahir yang kembali ke rahmatullah pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala lumpur. arwah adalah jiran sebelah rumah saya Allahyarham yang juga bapa kepada salah seorang penumpang MH370 yang hilang 8 Mac 2013 menghembuskan nafas yang terakhir jam 11.25 pagi akibat masalah jantung. Arwah sebenarnya memang sudah lama menderita pelbagai penyakit, namun sejak akhir ini keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan. Allahyarham Yusof Tahir meninggalkan seorang balu iaitu Wak Imah nama singkatan beliau dan 10 orang anak serta cucu. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Jenjarom selepas solat Asar sebentar tadi. Kenangan..Arwah Yusof Tahir dan isteri beliau Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang bertaqwa dan beramal soleh.Al-Fatihah

NIK AZIZ SELAMAT DIKEBUMIKAN

Image
Jenazah bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat selamat dikebumikan tepat jam 10.55 pagi semalam di Tanah perkuburan Islam Pulau Melaka bersebelahan pusara bapa beliau. Jenazah Allayarham sebelum  itu disolatkan di Masjid Pulau Melaka pada jam 10 pagi yang dihadiri lebih kurang 30,000 orang yang hadir. Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara tetamu VVIP yang hadir menziarahi jenazah Mursyidul Am PAS itu. Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu kira-kira pukul 9.40 Kelmarin. Bekas menteri Kelantan itu menghidap penyakit Kanser Prostat tahap empat sejak beberapa tahun lalu telah dibawa pulang ke rumahnya sejam sebelum itu selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti sains Malaysia (HUSM) sejak 20 januari lalu. Allahyarham yang lebih mesra di kenali dengan panggilan Tok Guru ini dilahirkan pada 10 Januari 1931 di Pulau Melaka, Kelantan mula berkhidmat menjadi wakil rakyat

SENYUM -AZIZ HARUN LIRIK LAGU

Image
Senyum,Senyum selalu Senyum senyum denganku Tiada seindah senyuman One. two three four Pagiku mula dengan cinta Cintaku dengan gitar lama Hari-hariku hanya denganmu Nyanyi sama o-o-o-o-h Terus bergerak jumpa teman Singgah sebentar supermarket Terlihat gadis muka yang manis Nyanyi sama o-o-o-o-h Denganku, denganmu Ku berdiri di sini Dan kau kau kau berdiri di sana Tak perlu katakan apa lagi Jika kau teru-u -us Senyum,Senyum selalu Senyum senyum denganku Tiada seindah senyuman Senyum, tak perlu ragu senyum. usah dibimbang Tiada seindah senyumanmu Bukan maksud tuk memikat Tapi kalau kau terpikat Ku tak kisah, apa salahnya Kalau dah pandang jangan malu Tidak salah tuk mengenali Siapa kata kamu tak cantik kalau senyum? (tiada masalah) Siapa kata mengata kalau senyum? (tiada masalah) Ku berdiri di sini Dan kau kau kau berdiri di sana Tak perlu katakan apa lagi Jika kau teru-u -us Senyum,Senyum selalu Senyum senyum denganku Tiada seindah sen

ANTARA AKU DIA DAN KENANGAN

Image
Hai guys.. semekom, ehemm alhamdulillah first day di tempat baru.. penat lah juga banyak kerja. Now matlamat hidup aku sudah terlaksana. Dengan ini saya merupakan pekerja selaku penolong jabatan sumber manusia. yahuu Alhamdulillah Owh lupa sudah, sebelum ni saya merupakan pekerja sementara di Econsave Banting selama 3 bulan selepas habis study. semuanya di situ Ok. manager Ok, staff sporting tak de yang gaduh x2,customer pula kemain ramai.. Bercerita mengenai staff, I merupakan staff dari department Can Food jaga bahagian air (dulu first masuk) kini jaga bahagaian Maggie dan kicap. Ok la tu pengalaman. Bercerita mengenai perwatakan staff lain, ini cerita nya ; 1. Saya - reporter di kalangan staff kata nya lah, suka buli orang juga terutamanya Ariff haha.. nama panggilan mimi pasal apa dapat nama?? ada satu lagu tu ada kena mengena dengan aku.. ntah la diorang menyedap je bubuh nama yang bukan2 2. Roslina - best friend dunia akhirat. Jaga pula bahagian susu.. seorang yan