Posts

Showing posts from February, 2016

KEBAKARAN DI JENJAROM

Image
Seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak Kelainan upaya (OKU) tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus  terbakar dalam kejadian di Jalan Haji idris, Kg jenjarom pada hari sabtu lepas. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah hari itu, rumah tersebut hangus 80% peratus. Bagaimanapun mangsa 65 tahun dan seorang anak lelakinya yang OKU bernasib baik kerana tiada dirumah ketika kejadian. Ketua Balai Bomba dan penyelamat Banting, Jazlizad Jalil berkata, sebaik menerima paggilan kecemasan kira-kira pukul 12.55 tengah hari, anggotanya bersama jentera tiba 15 minit selepas itu, Menurutnya lagi; "Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan" jelasnya

ALHAMDULILLAH DAPAT 2 ANAK BUAH BARU

Image
Tahniah buat cousin, Qila & Suami yang baru sahaja menimang seorang cahaya mata lelaki pada 31 januari lalu. Diorg ni actually baru 9 bulan mendirikan rumah tangga hmm orang tua kata masih dlm mood "pengantin baru" ye dok. Itu le namanya rezeki awal lepas berkahwin. Apapun kedua dua bayi dan ibu selamat. Baby Adam nama diberi telah dilahirkan di Hospital Banting. Lepas keluar je adam dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebab ada masalah kuning. Lama juga Adam ditahan, ada dalam seminggu. Tapi sekarang Adam dah sihat walafiat comel hensem macam ayahnya. Gambar Adam di bawah  Adam nanti dah besar lawan dengan si Abg hassan tu ye. Hilmi juga nak ucapkan tahniah buat seorang lagi sepupu Kak Ani & suami yang baru sahaja mendapat cahaya mata yang kedua semalam. Bayi lelaki seberat 3.1 kg telah pun selamat dilahirkan di Hospital serdang tepat jam 11 malam. Alhamdulillah lepas ni raya tahun ni aku kena get ready la dengan duit lebih untuk diberi kepada

SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN SELAMAT BERNIKAH, RAMAI GADIS PATAH HATI

Image
Tanggal 8 Februari lalu telah pun berlangsungnya majlis akad nikah pelakon popular Shahziey sam,34 tahun & pasangan yang juga pelakon Syatilla melvin,25 tahun. Dengan hanya sekali lafaz Sam sah bergelar suami Syatilla tepat jam 9 malam. Majlis akad nikah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Bukit Jawi Resort, Nibong tebal, Pulau Pinang. Sam menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,082 manakala jumlah hantaran dirahsiakan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pengarah pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Ellias Zakaria, dengan berwalikan bapa syatilla, Amirol  Melvin Abdollah. Selepas selesai sesi membatalkan air sembahyang, sam membuat satu gimik sebagai tanda kejutan sempena hari kelahiran Syatilla yang ke25 apabila tiba-tiba sesak nafas dan  pengsan. Sementara itu, ramai peminat sam terutamanya para gadis mula patah hati apabila sam sudah berumah tangga. berikut status di twitter. Majlis Resepsi pihak perempuan berlangsung hari ini manakala

IPPO HAFIZ- KASIH DALAM HATI (OST aku pilih kamu)

Image
Dengan rasa hati ini Mengharapkan kasih yang dicintai Jiwa yang penuh terluka Merapuhkan penuh derita Setitis cahaya yang menyinarkan hati setitik hatimu yang bisa menerangkan Hatimu pasti ia akan milikmu jiwa harus kau pertahankannya Kesedihan yang dirasa tiada yang bisa untuk mengerti sepi yang selalu terlihat Agar tidak bisa berulang Setitis cahaya yang menyinarkan hati setitik hatimu yang bisa menerangkan Hatimu pasti ia akan milikmu jiwa harus kau pertahankannya Ku berharap cinta yang masih hati Bisa menguatkan diri ini Ku berharap cinta yang masih hati Hanya tulus darimu Setitis cahaya yang menyinarkan hati setitik hatimu yang bisa menerangkan Hatimu pasti ia akan milikmu jiwa harus kau pertahankannya Setitis cahaya yang menyinarkan hati setitik hatimu yang bisa menerangkan Hatimu pasti ia akan milikmu jiwa harus kau pertahankannya Kau pertahankan darinya Dengan rasa cinta ini Kau datang dan bawa ku pergi