Posts

Showing posts from March, 2014

BEZA MORIB DULU DAN MORIB SEKARANG

Image
Assalamuallaikum; selamat bersekolah wat adik2..puas cuti sekolah seminggu? Semalam kan Cik Mie singgah la gi ronda2 at Pantai Morib. Ini semua plan adik Cik Mie la yang ajak gi sana memandangkan kata adik "esok dah nak mula sekolah, jom pegi Morib..bosan pula dekat rumah je" kata Farhah Farzana adik ku. Maka semalam permintaanya dah ditunaikan. Bukan selalu pegi Morib walaupun Morib dengan rumah dekat..huhuhuhu. Gambar sory la x sempat amik, adik malu-malu kucing. Apa yang Cik Mie sukakan tentang pantai ni, disitulah tempat untuk kita tenang fikiran,hilangkan beban stress dan kalau nak mandi pun boleh. Apa yang bezanya Morib dulu dengan Morib sekarang, dulu Pantainya agak "daif" senang ceta then pengunjung pun tak berapa ramai dulu berbanding sekarang. Sekarang PANTAI MORIB dah maju dan pengunjung semakin hari semakin ramai. Bezakan kan!!! Gambar diatas ini, Morib yang terkini..yang dulu tak sempat nak google. Semalam datang sana perwhh ramainya yan

AYAT "SAKIT JIWA" TWITTER

Paling best bila hp kita tertinggal di kampung and ibu bapa kita cakap "biar jela phone tu,nanti ambil lah" MCM MANA AKU NAK HIDUP. Buka laptop perempuan mesti penuh dengan gambar,lagu. Bila buka laptop lelaki and kosong je? Mohon unhide kan folder.Anda pasti terkejut. *WECHAT* Lelaki + perempuan :sopan santun,Perempuan +perempuan=sopan santun, lelaki +lelaki :Hantar sticker tah pape, #truestory "Alhamdullilah saya sudah berhijab" sehari kemudian "saya just nak try utk berhijab" ingat kejap syurga ingat kejap masuk neraka ke oii Kemain judge orang. Kata dia buruk hodoh gemuk pendek. Cuba hang tengok cermin, confirm cermin tu kata "hang pun sama juga bodoh" Malu sia kalau tengok ada orang tu guna twitcon berlatar belakangkan kaabah tapi mencarut macam orang gila. Pakai tudung tapi still ada nafsu nak bersentuhan dengan boyfriend. Betul la kata mat salleh "Dont judge a book by its cover". Kadang-kadang lelaki sibuk sangat suh per

God is love my neighbor (Muzi Yusof)

Image
inalilahi waina ilahi rojiun.. Al Fatihah buat semua penumpang, krew,kapten MH370 Malam tadi satu sidang media khas pengumuman dari Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak  mengenai kehilangan MH370. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan penuh dalam sidang media tersebut berbunyi; "Based on the new analysis of them, Inmarsat and AAIB concluded that the aircarft was flying MH370 southern corridor and the last is the middle of the Indian Ocean,west of Perth" "This area is a remote location, away from the landing site. Thus, feeling very sad and overwhelmed, according to the latest data available, I would like to inform that the aircraft flight MH370 has ended in the southern Indian Ocean". Tak lupa salam takziah buat Neighbor, Muzi Yusof salah seorang penumpang MH370..semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini dan redha dengan apa yang sudah berlaku. andai kata kalau ada salah silap, tersinggung kata..harap keluarga mereka memaafi

KISAH ROZITA CHE WAN

Image
Pelakon sensasi, Rozita Che Wan dikhabarkan pregnant!! tahniah Che Ta..Alhamdulillah hampir empat bulan Che Ta mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang juga Pelakon Zain Saidin akhirnya mendapat berita gembira yang mana Che Ta kini sedang berbadan dua di usia 41 tahun. Baru sahaja menyambut ulang tahun ke 41, Che Ta berkata ini merupakan hadiah terindah. Tidak cukup dengan itu sahaja, dia yakin kehadiran anak ini bakal melengkapkan impian Zain untuk bergelar bapa.            "Zain memang rapat dengan anak-anak saya. Dia juga sukakan budak-budak. Jujurnya saya              dia sering  memberitahu yakin mampu menjadi seorang ayah yang baik untuk anak kami nanti" Che ta berkongsi gambar kehamilannya di Instagram beliau. Mengingati kembali momen penting ketika dia disahkan berbadan dua, menurut Che Ta pada mulanya Zain enggan membenarkan dia meneruskan ujian. Bagaimanapun selepas beberapa ketika Zain sendiri yang ke farmasi untuk membeli alat pengesan kehamilan. Selai

RESEPSI NURUL & SHAH PART1 - SABTU

Image
Assalamualaikum Dah 2 bulan pic weeding cousin disimpan di dlm peti simpanan. Nak tak nak kena sebarkan juga sepertimana berita gembira pasangan dua sejoli ini ingin berkahwin. Sebelum tu ari ni dah genap 2 bulan K.nurul kahwin, kejap shj masa berlalu. *Motif Adat orang jawa dalam majlis perkahwinan, 2 hari majlis memang dah cukup meriah bagi kami. walau penat macam mana pun, majlis tetap diteruskan.So, kebiasaanya ari sabtu orang jawa akan "Sinoman" iaitu Gotong royong panggil jiran tetangga. Time tu la nak jumpe sedara mara jauh mahupun dekat, bak kata pepatah melayu "YANG JAUH DIDEKAT DEKATKAN,YANG DEKAT DIERAT ERATKAN" tak tau betul ke tak..hahaha. Unuk majlis perkahwinan K.nurul kami family memang tak jemput orang sinoman just hanya order katering. Time dapat tahu Mak Ngah (Mak cik Me) nak wat Katering rasa lega sangat2, bukan ape cuma malas nak basuh pinggan mangkuk, itu je kesahnya. Malam sabtu 18 January 14 muncul, sejak seawal 8 mlm lagi tetamu jemput

KATA-KATA WECHAT

Image
Assalamualaikum Nak tanya. Korang ada application wechat tak.. hm, kalau ada bagus la..kenapa? saja je tanya because sejak kebelakangan ni wechat mereka banyak kali buat status kata2 semangat, kata2 lucu and lain-lain lagi. Selain itu, berikut 4 contoh di bawah ini; SITUASI 1 Surah Yassin ada 83 Ayat. Pesawat BOEING 777 MH370 hilang pada 8/3/2014. Waktu hilang minit ke 00.41 dalam surah Yassin yang berbunyi : Dan sesuatu tanda (kebesaran Allah) adalah bahawa kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh Muatan. SITUASI 2 Its lawak story. CUCU SENGAL SENGAL SENGAL HAHAHAHA Cucu: hai nek..tengah buat apa tu..? Nenek: cari daun palas ni haa.. Cucu: utk apa daun palak nek..? Nenek: utk buat ketupat Cucu: ketupat utk apa nek..? Nenek: utk makan nanti Cucu: ooh..skrang nenek buat apa? Nenenk:cari daun palas.. Cucu: utk buat ape..? Nenek:mau buat ketupat dan cakap kan tadi kan., Cucu:ketupat tu utk apa nek? Nenek: utk makan la..Tak

MH370 MASIH JADI TANDA TANYA?

Image
Nasib Pesawat MH370 yang hilang di Laut China Selatan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew pada awal pagi sabtu lalu kekal menjadi misteri. Operasi besar besaran dengan fokus mencari pesawat MH370 melibatkan 24 pesawat dan 40 kapal termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Australia, China, Vietnam, Singapura, Thailand, Filipina, dan Indonesia semalam tidak memberikan sebarang petunjuk. Pihak berkuasa sedang siasat tumpahan minyak yang ditemukan di perairan negara itu. Tiada serpihan pesawat ditemukan. Beberapa tompok minyak ditemukan oleh Maritim Malaysia kira-kira 20 batu nautika dari lokasi pesawat MH370 dilaporkan terputus hubungan pada pukul 11 pagi, juga masih disiasat. Siasatan awal radar tentera menunjukkan ada kemungkinan pesawat cuba berpatah balik ke KLIA. sehubungan itu operasi diperluaskan ke Selat Melaka. Data pemantauan awal pentagon menyatakan tidak mengenal pasti sebarang tanda letupan di Laut China Selatan.

PASSENGER AIRCRAFT CREW FATE MH370

Image
Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) semalam terus menjadi tanda tanya apabila tiada pihak yang tidak dapat mengesan lokasi sebenar kejadian. Walaupun menggunakan teknologi pengesan terkini, pasukan mencari dan menyelamat yang dikerahkan ke kawasan terakhir isyarat diterima masih gagal menemui bangkai atau sebarang serpihan pesawat Boieng 777-200 itu. Pesawat dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu terputus hubungan dengan Menara kawalan Trafik Udara Subang jam 2.40 pagi, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Penerbangan yang dijangka tiba di Beijing, China pada pukul 6.30 pagi itu membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia dan 12 anak Kapal. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kawasan mencari dan menyelamat diperluaskan selepas usaha mencari di kawasan terakhir isyarat diterima gagal menemui bangkai pesawat berkenaan. Pelbagai aset dikerah untuk operasi tersebut denga

ERRA FAZIRA SAH CERAI TALAK SATU

Image
Pelakon Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin sah bercerai talak satu di Makhamah Tinggi Syariah. Hakim Syarie Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz cerai secara baik oleh Engku Emran, 39, terhadap Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan chek,40. Semasa prosiding  tersebut,pasangan itu bersetuju hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya,5, diserah kepada Engku Emran manakala hak bersama bermalam diserahkan kepada Erra. Selain itu mereka memperolehi hak cuti persekolahan dan perayaan secara bergilir gilir manakala tuntutan nafkah, idah dan mutaah digugurkan, setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Erra yang kini merupakan pengacara bersama rancangan bual bicara Primadona hadir ditemani rakan baiknya, Datin paduka umie Aida dan suamin, pengarah filem, Erma Fatima, serta seorang lagi rakan wanitanya manakala Engku Emran ditemani rakan lelaki. Pasangan ini bernikah pada 25 Oktober 2007 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail dan Engku Aleesya

HAPPY BIRTHDAY MARCH TOO

Image
Hai.. Tarikh lahir semua orang tahu. Setiap tahun kita sambut. Setiap tahun juga kita akan mengimbas kembali tahun sebelumnya apa yang kita telah lakukan. Ada yang menyambut hari kelahiran tetapi merahsiakan usia mereka kerana takut dipanggil sudah tua atau meningkat usia. Kalau kita hendak berkahwin maka kita akan memilih satu  tarikh yang istimewa. Kita akan ingat tarikh itu sampai bila-bila. Setiap tahun kita akan sambut bersama pasangan masing-masing. Ada yang sudah sepuluh tahun dan ada ibubapa kita yang sudah 25 tahun atau 30 tahun berkahwin dan masih bahagia seperti baru berkahwin. Mungkin ada yang menggunakan tarikh perkahwinan sebagai PIN atau ATM machine bila keluarkan duit gaji. Terdapat beberapa hikmah yang tersirat mengenai dirahsiakan tarikh dan saat kematian. 1)Agar kita melakukan taubat kepada Allah swt dari segala dosa yang mereka lakukan, baik kecil mahupun besar. 2)Adalah menjadi satu sunnah nabi saw menyeru Umatnya agar sentiasa mengingati mati. 3)Kita per

SINOPSIS LOVE YOU MR.ARROGANT

Image
Haloo, Assalamualaikum..Ok ari ni Cik Mie nak share sikit pasal Novel cerita drama meletop "LYMA" atau Love you Mr.Arrogant yang popular suatu ketika dahulu. Berikut adalah sinopsis dalam cerita berkenaan. Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap. kahwin dengan aku. Titik."-                               ZAFRIEL IRHAM Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Illahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi mnjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya, namun Zaara Amirah tidak menyangka, Keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau bilau melayan kerenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. Berhadapan pula dengan Puan sRI Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak akan aman. Kehadiran Handry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila

3 TAHUN DALAM KENANGAN

Image
Assalamualaikum  ♥ Hari ini ari ke dua dalam bulan March and bulan ini juga merupakan bulan yang sangat istimewa because bersempena memperingati pemergian arwah Atok Cik Mie. Tahun ini genap 3 tahun Arwah atok cik mie meninggalakan kami anak,cucu,cicit untuk selama lamanya. Recap balik pada tahun 2011, nak cerita pasal arwah Cik Mie beberapa jam beliau menghembuskan nafasnya yang terakhirnya. Pada 4/3/2011 kami family time tu nak ke rumah Mak long sempena majlis perkahwinan anak beliau yang dijadual berlangsung pada 6/3/2011 iaitu ari ahad. Petang tu, dapat panggilan dari pakcik yang mengatakan atok tak ada sapa yang jaga selain nenek. And then kami pun singgah la jengok2 atok at Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang. Tak sangka kunjungan cik mie melawat arwah atok ini yang terakhir dan petanda juga bagi kami. Malam menjelma, Sampai di rumah Mak Long..macam biasa buat persiapan untuk majlis anaknya. Dalam keriangan bergotong royong membuat persiapan, tiba2 Cik Mie terlihat