WORLD CUP 2014
KEKALAHAN MEMALUKAN BRAZIL
Jurulatih, Luiz Felipe Scolari memohon kemaafan kepada rakyat Brazil, selepas pasukannya mencatat sejarah terburuk dalam piala dunia apabila dibelasah 7-1 ditangan jerman dengan cara yang cukup memalukan pada perlawanann separuh akhir, rabu lalu.
"Kami memohon kemaafan. Kepada rakyat Brazil, tolong maafkan kesilapan yang kami lakukan," kata Scolari yang nyata terkejut dengan keputusan tersebut. Jurulatih yang memenangi Piala dunia 2002 itu mengakui kesilapannya, dan bersedia memikul tanggungjawab di atas prestasi buruk yang dipamerkan anak-anak buahnnya.
"Saya bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan pemain di padang, dan saya reda dipersalahkan berikutan keputusan buruk ini. Saya meminta maaf kerana kami gagal mencapai sasaran yang diletakkan. Penyokong tetap memberikan sokongan walaupun gawang Brazil dibolosi lima,enam atau pun tujuh gol oleh jerman.
"Memang tidak normal apabila dibolosi empat gol dalam tempoh enam minit, tetapi semua itu boleh berlaku, Malah, skuad Jerman sendiri tidak mempercayai dengan apa yang terjadi," katanya.
Scolari berkata, kekalahan dibelasah 1-7 ditangan jerman pada separuh akhir Piala Dunia merupakan pengalaman paling buruk sepanjang hidup saya. tetapi hidup masih perlu diteruskan. Saya akan terus dikenang sebagai seorang jurulatih yang menyebabkan Brazil dibelasah 7-1, tetapi saya sedar akan risiko itu apabila saya menggalas tugas ini, dan hidup perlu diteruskan, jadi itulah yang akan saya lakukan," kata jurulatih berusia 65 tahun itu.
Brazil begitu mudah dibolosi sebaik permainan bermula apabila jerman melepaskan ledakan gol menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose, Sami Kedira, dan dua gol daripada Toni Kroos yang sekali gus meletakkan Jerman selesa mendahului 5-0 dalam tempoh 30 minit pertama perlawanan, Andre Schuerrle menyumbat dua gol lagi untuk jerman pada separuh masa kedua,sebelum Oscar menjaringkan gol saguhati buat pasukan tuan rumah.
Comments
Post a Comment