Posts

Showing posts from January, 2015

REUNION BERSAMA EXCLASSMATE

Image
Assalamualaikum.. wehuuu !! Alam persekolahan sememanganya memang amat lah indah, banyak kenangan suka dan duka dilalui bersama sama teman seperjuangan. Baru baru ni lah. ermmm tak de la baru sangat jumaat lepas member buat reunion sekolah ajak keluar, so Mie pun apa lagi angkat kaki pegi. Yang bestnya dari masuk dalam kereta sampai lah ke destinasi yang ditujui kitorang berborak pasal zaman persekolahan dulu..hahaha, macam x2 yang kitorang cerita sepanjang setahun.. cerita pasal kerjaya, peribadi & cinta. Cerita pun cuma sekerat je. kalau boleh nak cerita sampai esok pagi, tapi nak buat macam mana waktu tak mengizinkan untukku berbuat demikian. Kami gerak dalam pukul 3.00 petang lepas semayang jumaat, sebenarnya kan memang aku tak plan pun nak jenjalan ni, member aku lah yang suruh paksa ajak keluar. Jadi Kitorang ambil plan nak buat reunion di Tasik Shah Alam. Dah lah yoouu tak pi sana :'( K itu je cerita nya..

DIPINTU SYURGA MATAHARI RAMALAN JUARA AJL 29

Image
Esok  18 Januari 2015, sekali lagi sejarah bakal tercipta oleh industi seni tanah air dimana salah satu lagu dari 12 buah lagu akan dinobatkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu (AJL29). Bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di TV3 itu, 12 Buah lagu yang akan bertanding adalah seperti berikut; 1. Matahari // Hafiz Suip 2. Yuna // Lelaki 3. Shila Amzah // Masih aku cinta 4. Gilalah // Stacy 5. Percayalah // Indah Ruhaila 6. Gadis Jolobu // Hattan ft Waris 7. Apa khabar // Joe flizzow 8. Di Pintu syurga // Dayang nurfaizah 9. Rentak laguku // Bunkface ft Amy search 10. Sesal separuh nyawa // Alyah 11. Romancinta // Mojo 12. Malaikat // Hazama Saya akan pilih Dipintu syurga nyanyian Dayang Nurfaizah bakal juara AJL29 manakala Hafiz menang vokal terbaik.Ini cuma ramalan je, tak taw la juri akan pilih lagu mana. Di pintu syurga bakal juara AJL29

QILA & ARIFFIN BAKAL DI IJABKABUL 1 MEI 2015

Image
Selepas melangsungkan pertunangan november lalu, pasangan Aqilah Mohd izazi, 27 & Muhamad Ariffin Zainuri,26 bakal disatukan sebagai suami isteri pada awal Mei depan. Majlis akad nikah pasangan akan diadakan pada tanggal 1 Mei 2015 atau 010515 di Masjid Al-falah, Jenjarom Selangor. Dua hari selepas itu, kedua mempelai akan mengadakan majlis resepsi di kediaman pengantin perempuan pada 3 Mei 2015 manakala satu lagi majlis bertandang pula akan diadakan seminggu selepas itu 10 Mei 2015 "Detik Percintaan mereka berputik dari zaman persekolahan lagi. selepas 8 Tahun berkenalan akhirnya kami disatukan dalam ikatan pertunangan yang lalu" Kata Qila Tahniah diucapkan !! Bakal disatukan pada 1 Mei depan  

HAPPY NEW YEAR 2015 & HAPPY SOKMO

Image
Assalamualaikum dunia bangunlah semua lihatlah pada diri kita, semua serupa Damailah manusia kita  bersaudara Assalamualaikum dunia Assalamualaikum dunia. Bait bait lagu dendangan Faizal tahir terasa macam tak percaya dah masuk 2015 pun. Selamat tahun baru Malaysia :) Tahun 2014 sudah berlalu pergi, kini 2015 pula menyusul. Apa yang kita azamkan untuk tahun ini?? sepanjang tahun lepas memang kebanyakan azam saya dah pun tercapai, cuma satu je azam yang belum tercapai. Selamat TAHUN BARU 2015