KEBAKARAN DI JENJAROM
Seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak Kelainan upaya (OKU) tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Haji idris, Kg jenjarom pada hari sabtu lepas. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah hari itu, rumah tersebut hangus 80% peratus. Bagaimanapun mangsa 65 tahun dan seorang anak lelakinya yang OKU bernasib baik kerana tiada dirumah ketika kejadian. Ketua Balai Bomba dan penyelamat Banting, Jazlizad Jalil berkata, sebaik menerima paggilan kecemasan kira-kira pukul 12.55 tengah hari, anggotanya bersama jentera tiba 15 minit selepas itu, Menurutnya lagi; "Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan" jelasnya