BUNGA TELUR KENDURI KAHWIN (PART2)
BERSAMBUNG
"Kenduri kampung."
"Ya kenduri kampung.bukan buat kenduri di kampung.Tapi di buat kenduri mengikut adat di kampung. Setelah turun temurun kita mengamalkan warisan itu," Dia bersungguh-sungguh mahu menceritakan segala duka yg dipendamnya selama ini.
"Alif tak faham," cucunya itu mengaku jujur.
"kenduri kampung adalah adat warisan melayu kita. Majlis itu dijalankan secara bergotong royong. Semua orang kg akan bekerjasama menyediakan majlis tersebut. Dari angkut khemah dari balai, turun khemah, pasang khemah, naikkan kanvas, susun kerusi, sembelih lembu, melapah daging, memasak, menghidang, melayan tetamu di bawah khemah, membasuh pinggan mangkuk dan banyak lagi yang nak disenaraikan."
"Wah, nampak macam seronok aja atuk! Kenapa ayah tak nak ikut macam dulu-dulu. Alif teringin nak merasa. Bolehlah. Alif tengok bagaimana lembu tu kena sembelih ya, atuk."
Dia hanya senyum tawar. Betapa anak kecil yang sebesar cucunya itu mampu menghargai adat budaya mereka itu. Dia tahu mengapa Zaman tidak mahu melangsungkan majlis perkahwinan anaknya itu mengikut tradisi kampung. Sebabnya Zaman sekarang ini sudah berpangkat. Zaman sudah banyak duit. Zaman bukan Zaman selekeh dahulu lagi. Zaman mempunyai ramai kenalan yang berpangkat datuk, kerjanya juga sudah besarl, bergaul dengan orang kenamaan yang selalu makan dekat hotel. Makannya secara bufet. Tentu jempuntanya dari ornang-orang kenamaan. Rasanya Zaman juga tidak mahu memalukan dirinya sendiri dengan mmengadakan kenduri secara kampung.
"Majlis kenduri kahwin dulu seronok cu, bukan saja pengantin lelaki dan perempuan tidak tidur malam. Orang kampung juga begitu. Ada yang berjaga sampai ke pagi. Bukannya apa takut lembu yang nak disembelih padi esoknya terlepas,"
"Kalau terlepas kejarlah atuk,"Mereka ketawa terbahak-bahak.
"Pandai cucu atuk buat lawak."
"Cu nak tahu. Pak Samad tulah tukang gerau kita yg paling hebat di kampung ini?" Dia memperkenalkan Pak Samad kepada Ali.
"Tukang gerau tu buat apa atuk?Alif kebingungan. Pertama kali dia mendengar perkataan itu selama dia hidup 16 tahun.
"Tukang gerau itu adalah tukang masak di dapur.Dialah yang menjadi ketua dalam hal masak-memasak ni. Pasal nasi kawah dengan gulai kawah serah pada dia. Dia memang mahir. Sampaikan kg sebelah pun tak boleh lawan lagi dengan dia. Memang sedap sangat masakannya."
" Hebat ya atuk. Mesti lebih sedap daripada chef ayah tempah. Nanti bolehlah atuk kenalkan Alif dengan Pak samad tu." Alif begitu teruja dengan kata-kata atuknya itu.
"Sebelum kenduri diadakan, kita perlu buat mensyuarat dulu cu. Mesyuarat tu diadakan beberapa hari sebelum kenduri dilangsungkan. Penduduk Kampung akan hadir pada malam harinya bagi mendengar apa yang mahu dikhabarkan oleh tuan rumah. Seterusnya tuan rumah akan membentanglah menu yang hendak dihidangkan pada hari kenduri tersebut. Pada masa yg sama, pengangihan tugas diagihkan. Selalunya orang muda diberi kerja-kerja yang berat sikit. Macam naikkan khemah, bancuh air. Yang uniknya dekat kenduri kampung kita ni orang lelaki akan basuh pinggan mangkuk. Bukan orang perempuan."
"Kalau macam tu Alif kene basuh pingganlah atuk?"
"Alif kecil lagilah, tak boleh buat kerja tu,nanti banyak pinggan mangkuk yang pecah."
"Atuk ni..Alif dah besarlah,"
"Atuk gurau aja.hah..."Khemah pula akan dibahagikan kepada dua bahagian. Satu khemah lelaki dan satu lagi bahagian perempuan./ Khemah lelaki bentara lelaki yang akan uruskan. Khemah perempuan bentara perempuan yang akan uruskan. Kalau lauk tak cukup merekalah yang pergi ambil dekat tempat orang berhidang. Sebab dulu makan berhidang. Bukan macam sekarang bufet. Membazir saja. Ambil lauk berlebih-lebihan,tapi makan tak habis pun."
Alif mengerut masam.
Kalau dah habis baca..meh sini tgok Youtube..
WAK LI-KONDANGAN
Bersambung episod last akan datang!!
Comments
Post a Comment