CERPEN: BUNGA TELUR KENDURI KAHWIN (PART AKHIR)



BERSAMBUNG...

"OPsss, Atuk lupa pula nak terangkan bentara tu apa. Bentara tu adalah orang melayan tetamu di bawah khemah."

"Patutlah Alif rasa macam pelik aja. Tak pernah dengar pun. "Alif terkesima. Ternyata pengetahuannya tentang selok belok kenduri masih lemah. Selalunya dia hanya mengikut ibu dan ayahnya ke kenduri yang dibuat di hotel sahaja. Belum pernah ayah dan ibunya membawanya menghadiri kenduri yang dibuat mengikut tradisi kampung.

"Bunga telur ada Atuk?" 
"Sudah tentu ada. Bunga manggar akan dipacak di hadapan rumah di kepala jalan. Mudah untuk jemputan yang bakal hadir nanti. Bunga telur pula diberi kepada tetamu yang hadir nanti sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Dulu berpokok-pokok bunga telur di atas rumah. Konsep tanam digunakan. Ada yang tanam tapi tak tumbuh. Tapi kebanyakannya tumbuhlah."

"Apa tumbuh tak tumbuh ni Atuk?
"Bunga telur hidup ke atuk?" Alif kepeningan.

"Macam ni... kalau ada rumah yang langsungkan kenduri kahwin penduduk kampung, jiran tetangga, sanak saudara akan bagi bunga telur kepada tuan rumah tu, kiranya tanamlah. Nanti kalau orang yang tanam bunga telur tu rumahnya kenduri pula, orang tadi kena balas balik. Kalau tuan rumah tu balas kira tumbuhlah, sebaliknya sedikit sebanyak dapat meringankan beban tuan rumah untuk menyediakan buah tangan kepada tetamu yang hadir."

"Ooo bru Alif faham. Hidup dekat kampung ni tak rugikan atuk."

"Satu lagi. Adat meneman. Pada hari perkahwinan tu pengantin lelaki akan pergi menjemput pengantin perempuan. Selepas menjamu selera rombongan pengantin perempuan akan pulang dan yang tinggal pengantin perempuan bersama temanya seorang. Peneman itu akan menemani pengantin perempuan bersama peneman itu ke rumah pengantin perempuan balik."

Dia mendongak ke langit. Matahari sudah hampir lemas ditelan. "Dah jom kita naik dah nak maghrib ni. Lain kali kita sambung lagi."

Malam itu tidak dapat tidur lena. Keesokannya majlis kenduri kahwin cucu sulungnya akan dilangsungkan di halaman rumahnya. Halaman pusakannya. Dia pun tidak pasti orang-orang kampung akan hadir ataupun tidak. Kerusi meja sudah bersusun kemas. Khemah dihiasi ropol-ropol yang indah. Seperti diduga suasana di rumahnya pada malam hari kenduri tidak semeriah dulu. Sanak saudara,Jiran tetangga hanya akan berhimpun pada esok hari.

Mentari menyinar girang. Pada hari itu cuaca sungguh nyaman. Orang ramai mula berpusu-pusu datang ke rumahnya. Dia bersiap-siap berpakaian baju melayu yang dibekalkan Zaman. Kerana di sebelah pihak pengantin perempuan mereka semuanya berpakaian sedondon,hijau pucuk pisang.

Dari atas rumah dia dengar suara Pak Samad. Juru kata terhebat di  kampungnya. Dia juga dengar suara Salleh yang selalunya menjadi ketua bentara di khemah lelaki. Begitu juga suara som ketua bentara di khemah perempuan. Dia keliru, sepatutnya mereka tidak perlu datang awal kerana Zaman tidak memerlukan khidmat mereka. Zaman menggunakan Katering. Dia menjenguk melalui jendela. Alangkah terkejutnya dia apabila orang ramai sudah memenuhi halaman rumahnya. Masing-masing sibuk menjalankan tugas. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi.

"Atuk,jomlah turun."
"Apa semua ni cu?"
"Ayah dah tukar pelan."
"Tukar pelan." dia masih bingung. Alif mengheret tangannya ke bawah khemah. Tiba-tiba Zaman menghulurkannya bunga telur kenduri kahwin.

"Maafkan Man ayah."


                                                                  TAMMATT!!!!

Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA