CERPEN:BUNGA TELUR KENDURI KAHWIN (PART 1)

Matanya memandang sebuah khemah yg didirikan di halaman rumahnya. Sebidang kanvas berbelang biru putih itu telah menggantikan kanvas sblm ini yg sudah berlubang & bertampal-tampal. Semua org juga tahu kanvas itu telah banyak berjasa kepada mereka penduduk kampung. Termasuklah Zaman.

Hatinya patah. Jiwanya remuk. Semangatnya luntur. Bukan kerana dikecewakan cinta. Lebih parah daripada itu, kerana cakapnya tidak pernah diendahkan. "Kalau orang tua saja yang nak pertahankan adat warisan kita, aku rasa tak merasalah generasi seterusnya." Selepas kata-kata itu meluncur keluar dari mulutnya, semua orang menganggapnya org tua yg tidak bolah pakai. Orang tua kolot, Orang tua yang mahu dengar cakap dia sahaja.

Zaman mudah lupa. Orang melayu yg sudah lupa. Lupanya pada warisan yg dikendong. Permintannya tidaklah sebesar mana. Hanya mahukan kenduri  cucunya itu dijalankan seperti dulu-dulu, seperti zaman menikah dgn Hawa. Hingga ke hari ini kemeriahan nostalgia itu masih mengimbau di lubuk mindanya. Sikit pun tidak kurang biarpun usianya meniti hari-hari senja.

Perkahwinanya dengan Zaleha bahagia juga, Pokok pangkalnya bukan terletak pada majlis kenduri yg mewah tetapi keihklasan hati dua pasangan. Saling bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Kenduri besar, pelamin kilau keemasan, Kek bertingkat-tingkat, hantaran beribu-ribu ringgit bukan jaminan hubungan suami isteri itu kekal lama. Semua orang kena faham.

"Kenapa Zaman mahu mengikut zaman. Kalau selagi hayat dikandung badan, jgn sesekali adat warisan kita dilupakan, jgn ditinggalkan, jgn disisihkan."

"Zaman sudah berubah ayah, Orang dah tak buat kenduri kg lagi. Sekarang ni orang guna katering. Senang, cepat dan tak menyusahkan cuma kita sediakan duit sahaja."

Zaman sudah banyak berubah. Zaman bukan zaman dahulu lagi. Dahulunya zaman adalah seorang anak yang dengar cakap. Seorang pemuda yg selalu menjunjung adat warisan. Zaman dahulu adalah anak muda yang selalu dilihat di rumah kenduri kahwin. Dia rajin menolong, Hinggakan dia mahir melapah seekor lembu. Orang tua-tua dahulu selalu memuji kerajinannya. Hinggakan ada yang mahu menjadikannya sebagai menantu.

Semenjak dia tinggalkan KG Sentosa ini lain benar sikapnya. Did dilihat lebih banyak cenderung mengamalkan budaya Barat. Tambah mengejutkannya lagi apabila kepulangannya ke kampung sentosa membawa budaya yg tidak baik. Keputusan Zaman utk mengadakan majlis perkahwinannya anaknya secara bufet atau katering seolah-olah mencabarnya yg selama ini pengamal adat budaya Melayu. Zaman tidak mahu menggunakan cara kg. Cara kg tak hebat. Kolot. Tak meriah katanya.

Kalau kat tak nak ikut cara aku, kau jangan bawa budaya itu ke kampung ini. Nanti apa pula kata orang orang kampung. Lebih baik kau buat majlis kau tu di bandar. Tak ada siapa-siapa yg tahu. Kau dengar kawan-kawan kau saja yang makan. Aku tak nak terlibat. Dia merasakan mahu saja cemuhan iru dilemparkan kepada Zaman. Tapi dia tidak tega. Kata-kata itu tidak juga keluar dari salur suaranya. Mati di situ saja.

Angin menyapa lembut wajahnya. Dia duduk memandang sawah padi yang berhampiran rumahnya. Sawah padi yg berhampiran rumahnya. Sawah padi itu juga banyak berjasa. Dulu kenduri kahwin Zaman dengan Hawa dilangsungkan di sawah padi itulah. Selepas musim menuai. Orang kampung bergotong-royong menebas tunggul jerami dan sama-sama menaikkan khemah. Mereka tidak pernah bekira tenaga. Kecil besar tua muda semuanya datang . Kecil besar tua muda semuanya datang menjadi penonton. Semangat kekitaan mereka itu perlu dibanggakan.

"Atuk,kenapa atuk bantah bila ayah putuskan untuk buat kenduri Kak Siti pakai Katering? "soal cucunya yg bongsu itu. Dia merenung wajah cucu kesayangnya itu. Usianya terlalu muda utk mengerti kesengsaraan yg ditanggungnya. Tapi kalau tak diceritakan kepadanya selaku generasi seterusnya, dia merasakan adat warisannya itu akan terus dipinggirkan'. Fikirnya manalah tahu kalau cucunya itu boleh menghidupakan semula budaya itu.

"Atuk sedih cu. Atuk tak sangka ayah kau mudah sangat terpengaruh dgn budaya barat itu. Apalah apalah sangat katering tu kalau nak dibandingkan dengan kenduri kg."


                                                               AKAN BERSAMBUNG PART 2

Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA