KEMULIAAN SOLAT JUMAAT

"WAHAI orang-orang beriman! Apabila tiba seru berkumandang untuk menunaikan sembahyang pada hari jumaat,maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkan jual beli (pada saat itu),yang demikian adalah lebih baik bagi kamu,jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya.(al-jumaah:9)


Selain solat lima waktu yg dituntut ditunaikan pada setiap hari,terdapat 1 lagi kewajipan terhadap kaum Adam iaitu solat Jumaat,Ibadah berkenaan dilihat bukan sekadar kewajipan tetapi ia mempunyai objektif mendalam sekiranya setiap umat islam menghayati hikmah tuntutan solat tersebut.

Dimulakan  dgn laungan azan zuhur, kemudian diikuti oleh dua khutbah & diakhiri dengan solat dua rakaat secara berjemaah sebenarnya memperlihatkan konsep kesatuan umat islam yg mana kaum lelaki berkumpul seminggu sekali utk mendengar khutbah disampaikan oleh khatib.

INFO KHUTBAH JUMAAT


  • Pengertian: Khutbah jumaat adalah ucapan @ syarahan yg disampaikan oleh khatib sebelum solat jumaat yg mengandungi nasihat, peringatan, pengajaran kepada para jemaah.
  • khutbah  jumaat adalah salah satu daripada syarat sah solat jumaat, maka tanpanya, solat jumaat tidak sah.Kesimpulanya khutbah jumaat itu adalah wajib."
RUKUN KHUTBAH JUMAAT

  • Memuji Allah .
  • Membaca selawat ke atas nabi SAW.
  • Mengingatkan para jemaah supaya bertaqwa kepada Allah
  • Membaca sekurang kurangnya satu ayat al-quran dengan lengkap.
  • Mendoakan kesejahteraan kaum muslimin.

SYARAT-SYARAT SAH KHUTBAH JUMAAT

  1. Telah masuk waktu zohor
  2. Didahulukan bacaan khutbah sebelum tunaikan solat Jumaat.
  3. Membaca rukun khutbah dalam bahasa Arab
  4. Dilakukan berturut-turut antara dua khutbah
  5. Khatib hendaklah seorang lelaki
  6. khatib hendaklah berdiri jika mampu
  7. Khatib hendaklah duduk duduk sebentar antara 2 khutbah.
  8. Khatib hendaklah menutup aurat
  9. Khutbah hendaklah disampaikan dgn jelas sehingga dapat didengar dan difahami oleh sekurang-kurangnya 40 orang jemaah.
  10. Khatib hendaklah suci daripada najis
  11. Khatib hendaklah suci daripada hadas besar dan hadas kecil

HUKUM MAKAN DI GERAI KETIKA KHUTBAH

Dalam kitab Majmuk karangan Imam Nawawi membawa beberapa pandangan ulama berhubung isu makan dan minum ketika khutbah berlangsung. 

  • Harus menurut pandangan Taawus dan Mujahid bahawa mazhab Syafie jika keadaaan terlalu lapar dan dahaga serta bukan utk berlazat.
  • Dilarang menurut ulama Maliki iaitu Al-auzaie dan Ahmad. Bahkan Al-auzaie mengatakan batal jumaat

SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT

  1. Islam
  2. baligh
  3. Lelaki
  4. Berakal
  5. Berkemampuan
  6. Merdeka
  7. Bermukim

MAKSUD BERMUKIM,BERMASTAUTIN,MUSAFIR

  • Bermusafir ialah orang yang dlm perjalanan lebih daripada dua marhalah (lbih kurang 98km).Solat Jumaat yg dikerjakan adalah sunat dan tidak dikira dlm bilangan 40 org ahli jemaah.
  • Bermustautin ialah orang yg tinggal menetap di sesuatu tempat dan tidak berhajat utk berpindah ke tempat lain.Solat jumaat adalah wajib kepadannya dan termasuk dlm bilangan 40 orang ahli jemaah.
  • Bermukin ialah orang yang tinggal di sesuatu tempat dan tidak berhajat untuk menetap di situ selama-lamanya.Solat jumaat adalah wajib  kepadanya dalam bilangan 40 ahli jumaat.

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT JUMAAT

  • Ditunaikan pada tempat khas.
  • Ditunaikan dalam waktu zohor.
  • Secara berjemaah.
  • Sekurang-kurangnya mengandungi 40 org jemaah tidak termasuk imam.
  • Didahului dua khutbah sebelum solat jumaat.

PERUNDANGAN TIDAK SOLAT JUMAAT

.Mengikut seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Syriah (Wilayah-wilayah persekutuan).1997 dan Seksyen 20 enakmen Jenayah syariah (Selangor) 1995 menyatakan mana2 orang lelaki,yang baligh,tidak menunaikan sembahyang jumaat di masjid dlm kariah sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munsabah adalah melakukan suatu kesalahan.

Hukuman :apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Enakmen itu turut digunapakai oleh seluruh negeri dgn mengikut seksyen masing-masing.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA