KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA
PERKARA MENARIK MENGENAI YUNA
WAN SHARMILA TAK SERIK UNTUK KAHWIN LAGI
- Kalau nak tau, saya ni sebenarnya orang yang pendiam. Tak banyak cakap sangat, kalau orang tegur,barulah saya akan cakap balik. Sebab itu agaknya orang kata saya sombong.
- saya ni pada zaman sekolah dulu, sangat aktif bersukan. Saya wakil boling dalam sukan Malaysia (SUKMA) bagi tahun 2000 dan 2004. Selain boling, saya aktif main bola jaring.
- Saya memang ada banyak stok tudung. Kebanyakan tudung saya, di beli di kedai Asean Aveanue di Sunway Pyramid.
- Saya dah buka kedai sendiri di SS15, Subang Jaya. Nama kedai ini IAMJETFUELshop. Ada jual macam macam pakaian khusus untuk remaja. Datanglah ye..harganya murah dan sangat berpatutan.
- Saya ni ada ramai kawan lelaki berbanding kawan perempuan. Saya pun lebih selesa berkawan dengan lelaki, agaknya sebab mudah nak kongsi minat yang sama. Kebanyakan kawan saya ni suka muzik.
- Tempat saya hang out selalunya di sekitar SS15. Saya ni tinggal di Subang Jaya, jadi saya hang out di kawasan sekitar rumah sahajalah.
- Saya memang tak pandai masak. Kalau pandai pun, masak mi segera je. Selama ni,mak saya yang masak dan saya tinggal makan.
- Saya sangat suka dengan bilik tidur saya. Saya memang melabur duit sikit untuk mencantikkan bilik agar selesa dan sempurna. Dalam bilik saya ada katil, TV,bantal yang sangat best dan selimut tebal. Selalunya inilah tempat saya melepak di rumah.
- Saya memang obses dengan sushi ,tempat kegemaran saya ialah di Sake Sushi di Subang Parade.
- Satu lagi ialah saya ketagih Nescafe!mesti nak minum setiap hari
WAN SHARMILA TAK SERIK UNTUK KAHWIN LAGI
cik mie tumpang simpati bila mendengar cerita duka pelakon drama popular Tari Tirana, Wan Sharmila (29) bercerai dengan pasangannya, Fazli Baharom (38), seorang penerbit. Maklumlah, tiada angin tiada ribut,tiba-tiba bercerai. Mereka berkahwin lebih empat tahun lalu.
Sabarlah,kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Pasti ada hikmah di sebalik semua perkara.
TIADA JODOH..wan sharmila & Fazli Baharom
Cerita WAN :
"Jika dulu mungkin ada orang jaga sakit pening dan makan minum kita.Tapi sekarang ni nampaknya dah tak ada. Saya kenalah berdikari semula. Kami berpisah pun bukan kerana orang ketiga, cuma beberapa masalah dalaman yang perlulah saya ceritakan. Cukup jadi rahsia kami berdua.
"Insyallah, jika diizinkan olehnya, saya memang nak kahwin lagi, cuma belum ada calon buat masa ini. Saya tak serik untuk kahwin semula sebab bagi saya yang dah berlaku tu biarlah berlalu. Hidup mesti diteruskan.
"Manalah tau kali kedua ini kita mampu kekal hingga ke akhir hayat. Sekarang ini saya ambil pendekatan untuk tak mencari tapi kalau ada yang datang, saya tak akan tolaknya. Lebih lebih lagi kalau kena dengan ciri-ciri yang saya mahu.
"cuma kali ini saya kena berhati-hati dalam memilih calon suami. Saya tak nak pisang berbuah dua kali, api kalau dah jumpa right person tu lainlah,ceritanya. Secepat mungkin pun saya terima.hahaha...Apa yang paling penting, semoga wan sharmila dapat bertemu semula dengan cinta yang baru dan semoga dapat diberi peluang untuk berkahwin kali kedua.
SHINE YOUR WAY.OWL CITY ft Yuna
Comments
Post a Comment