FAM nafi harga tikel final piala FA RM45

Bukan RM45 tetapi RM40 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Itu penjelasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai dakwaan bahawa harga tiket perlawanan akhir Piala Fa melibatkan Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada 29 Jun ini dinaikkan sebanyak RM5.


Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin ahmad menegaskan, pihaknya tidak menaikkan harga tiket perlawanan akhir seperti yang digembar-gembur sejak kebelakangan ini sehingga menjadi topik hangat dalam rangkaian media sosial.

Jelasnya,beliau tidak tahu punca tersebar berita kononya harga tiket Piala FA yang dikatakan mencecah RM45 dan menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

"Harga tiket perlawanan akhir Kelantan-Johor DT pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil yg kononya bernilai RM45 adalah tidak benar.

Belaiu mengulas kenyataan tidak benar di laman sosial dan blog bahawa tiket perlawanan akhir Piala FA 2013 mencecah RM45,yang menimbul rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat.

"Dakwaan tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap imej FAM yang mungkin dituduh mahu mengaut keuntungan. Sedangkan harga tiket final masih lagi seperti edisi sebelum ini iaituy RM40.
"Saya berharap peminat bola sepak tempatan tidak terburu-buru membuat sebarang spekulasi tanpa pengumuman rasmi yang dibuat oleh FAM" katanya.


 
 

Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

ARWAH SI IBU SAAT DATANG MELAWAT JENAZAH ANAKNYA