HAJAT YANG BELUM TERLAKSANA

Assalamualaikum. Post kali ni memang dianggap sedih & feeling habis bagi cik mie. nak share ngan korang tentang hajat yang cik mie capai sepanjang idup. Sepanjang idup di muka bumi Allah ni, ada beberapa hasrat yg belum cik mie laksanakan,antaranya.

1. Nak ada kete sendiri



sebut je pasal kete,semua orang akan berlumba-lumba membeli kete yang mereka disukai, tak kira kete yang mahal mahupun yang murah.Begitu hajat cik mie dalam idup. Dalam angan mat jenin cik mie,satu ari aq pasti akan beli kereta Mewah. Tapi tu sekadar angan-angan jep,padahal realitinya duit kosong, tak mampu nak beli kete semahal Ferrari sebagai mana angan mat jenin itu tadi.

2. Pegi haji


Sebagai umat islam, pastinya keinginan untuk mengerjakan rukun islam yang kelima ini dilaksanakan sebaik mungkin. Haji merupakan amalan wajib bagi umat dunia yang bergelar islam. Bagi cik mie sendiri, dalam usia yang masih muda ni seboleh bolehnya elokla ke sana,takut nanti dah berumur susah nak bergerak. Apa yang penting, untuk mengerjakan haji ini kena ada niat barulah keinginan itu tercapai dan duit kne banyak untuk menampung beribadat kita di sana.Insyallah satu waktu nanti.

3. Kahwin

Perkara sunat bagi seorang manusia. Bermula dengan percintaan 2 insan yang bernama cinta, kemudian si jejaka melamar bunga di taman utk disunting menjadi suri di hati. Seterusnya bermula ikatan alam pertunangan dan diakhiri dengan ikatan suami isteri yang sah melalui akad nikah. Selepas kahwin apa hala tuju kita untuk membentuk satu pasukan yang bernama "Rumah tangga. Sesungguhnya jodoh & pertemuan itu ditangan tuhan. Insyallah seandainya ditemukan jodoh 28 atau 29 keinginan untuk berumah tangga terlaksana

4. sambung belajar

Dalam usia yang masih muda ni,sepatuntnya sudah mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di menara gading,begitulah juga keinginan ini disuarakan sejak akhir2 ini.hahaha. Tapi tak pe,jika ada kelapangan, adalah lepas ni peluang untuk sambung belajar tu ye


Sebenarnya banyak hajat yang cik mie nak kongsikan, tapi hanya beberapa hajat yang penting sahaja yang sempat masuk,but x pe..mungkin hajat cik mie akan datang lepas ni,mana tau..hanya mampu berserah kepada yang maha pencipta.



Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA