Seniwati Latipah Omar selamat dikebumikan,PM ucap Takziah

Jenazah seniwati Latifah omar atau nama sebenarnya Fatimah Omar,74, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4,Lembah keramat,pada pukul 11.20 pagi,dekat sini hari ini.




Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan usus kerana penyakit ulser yang dihidapinya.

Sahabat karibnya,Datin Rosnani Jamil yang turut menyifatkan bahawa pemergian allayarham bukan sahaja satu kehilangan besar buat industri hiburan, tetapi kehilangan besar buat dirinya sendiri

Selain itu,menurut anak sulungnya, Affendi Abdul Rahmat yang juga seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) berkata,beberapa minggu sebelum ibunya meninggal dunia, Allahyarham sering berkata merindui rakan-rakan lamanya.


"Saya masih teringat bagaimana dia selalu bercerita hal-hal  sewaktu dia masih muda dan betapa dia rindu untuk bertemu dengan rakan-rakannya semula"

"Kini dia sudah pergi buat selamanya dan saya pasti merindui bagaimana dia sering memanggil nama saya,"katanya yang turut ditemani adik beradiknya yang lain.
Sewaktu zaman kegemilangan Allahyarham,beliau membintangi lebih 20 buah filem antaranya Bawang puteh Bawang merah, Laila Majnun, dan jula juli bintang tiga.

Latifah menghembuskan nafas terakhirnya di wad unit Rawatan Rapi (ICU),Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 6.19 petang semalam di sisi ahli keluarganya.

Sementara itu, Perdana menteri,Dato' sri Najib Tun Razak mengucapkan Takziah kepada keluarga seniwati latifah Omar yang meninggal dunia semalam.

Takziah kpd keluarga Allahyarham seniwati Latifah Omar atas pemergian beliau. Negara kehilangan seorang lagi lagenda terkemuka. Al-Fatihah



Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA