AIDIL ZAFUAN CERAIKAN RITA RUDAINI MELALUI SMS

Kemelut rumah tangga pasangan pelakon jelita, Rita Rudaini bersama pemain bola sepak Aidil zafuan Razak berakhir dimana aidil Zafuan menceraikan Rita Rudaini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pada petang ahad lalu.

Rita Rudaini turut mendedahkan antara kiriman sms yang diterima oleh beliau dari Aidil berbunyi "Aku ceraikan kau talak satu"

"Selepas hampir 2 tahun kes penceraian kami berlangsung di Mahkamah,akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi sms dan saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka"ujar Rita Rudaini.

Pasangan ini telah selamat bernikah pada Februari 2008 di songkla,Thailand dan pernikahan rahsia mereka berdua itu tidak diketahui oleh ibu bapa Aidil sendiri.

Namun pada 1 Oktober 2010,Rita mendedahkan bahawa rumah tangganya kini dilanda badai ekoran campurtangan keluarga mertua dan orang luar.Kemuncak krisis ini,Rita juga mendedahkan bahawa suaminya tidak pulang ke rumah  sejak Aidilfitri sebaliknya kembali ke rumah mertuanya.Anak lelakinya juga pernah dibawa ke rumah mertua tanpa pengetahuan rita sendiri. Aidil pada 9 oktober mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan apa yang terjadi dalam kegagalan rumah tangganya dan dia juga membayangkan bahawa perkahwinannya bersama Rita tidak akan tahan lama.Krisis berpanjangan selama hampir 2 tahun sehingga kini dan mendapat liputan meluar oleh pihak media,dan juga peminat. kedua pasangan ini telah dikurniakan dua orang anak lelaki.
Tidak lagi bersama..Rita Rudaini & Aidil Zafuan



Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA