GOUT MENYERANG

Assalamualaikum

Baru-baru ni cik mie baru sahaja terkena satu terkena penyakit  kaki iaitu "Gout". Nak share dengan You all tentang saya sedang alami. Penyakit ni sebenarnya cik mie dah lalui sejak 1 tahun lalu,rasa sakitnya hanya diri ini & tuhan sahaja yang tahu. Tahun ini sahaja dah masuk 2 kali kena,sampai sekarang kan masih tak tau puncanya apa?makanan or sendiri sakit,ermm..kadang2 malas nak pikir benda remeh temeh ni,tapi demi penyakit kita perlu beri perhatian lebih.

Serba sedikit tentang penyakit gout ini, penyakit gout ialah suatu penyakit yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi.Penyakit ini amat menyakitkan dalam kebanyakan kes.



Ciri Wajib

Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-dua sekali.

Tanda Dan Gejala

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (75%) daripada serangan pertama),bagaimanapun penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain seperti mata kaki,tumit,kekura dan sebagainya. -sumber dari wikipedia.

Dalam kes ini, semua orang kata "muda-muda dah kena gout" dan 1st time thn lps kena doktor siap kasi suntik biar cepat sembuh,Alhamdulilah,dalam masa 2 hari selepas disuntik dah baik. So lepas ini saya sarankan diri, elakkan makan seafood khusunya sotong n makanan yang terlalu lemak,kalau boleh minyak masak pun nak kena elakkan,itu pun kalau kita nak sayangkan nyawa kita,betul tak?


Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA