TSUNAMI SEBAGAI PENGAJARAN

"Dari jauh aku melihat seperti ada asap hitam yang tinggi dan tebal. Asap itu rasanya berjalan ke arah kami, makin lama asapnya makin tinggi sampai pohon kelapa. Tidak lama setelah itu asapnnya turun dan merobohkan semua bangunan di depannya. Setelah itu aku baru sedar kalau itu bukan asap,itu gelombang air laut besar,TSUNAMI namanya"

Demikianlah yang dicoretkan oleh Nelva Amelia, seorang gadis Aceh berhubung peristiwa Tsunami yang melanda wilayah itu pada 26 Disember 2004.

Hari khamis lepas,genaplah sembilan tahun bencana alam yang melanda Asia Tenggara itu berlaku, bukan sahaja Aceh malah beberapa negara lain turut menerima hempasan ombak besar sehingga meragut ribuan nyawa.

Aceh paling teruk menerima kesanya apabila bukan sahaja ribuan rumah dan bangunan ranap, malah dianggarkan sekitar 220,000 rakyat wilayah itu menjadi korban.

Untuk rekod, tsunami paling terburuk berlaku di Japan pada 15 June 1896 yang menyaksikan 21,000 orang terbunuh.

Walaupun kini Aceh dan beberapa negara yang dilanda tsunami lain sudah hampir pulih dari segi infrastruktur, namun dari segi kesan psikologi ia masih lagi menghantui mangsa-mangsa yang terlibat khususnya di Aceh

Bayangkanlah ada diantara mereka hanya mengunjungi kubur-kubur besar yang menempatkan mangsa-mangsa yang terkorban tanpa menghantui sama ada di dalam liang lahad itu ahli keluarga mereka berada di situ atau tidak. Tetapi itu sahaja yang mampu mereka lakukan kerana Tsunami menghanyutkan apa sahaja yang berada di  hadapan arus deras yang mengalir.

Bagaimanapun apa menarik ingatan cik mie sehingga ke hari ini ialah hujah alim ulama Aceh terhadap kejadian tsunami itu. Sementara pakar sains dan geologi menganggap ia berpunca fenomena alam dengan memaparkan pelbagai teori, alim ulama dan penduduk Aceh mempunyai pandangan mereka sendiri.

Ada di antara mereka berkata, ini adalah pembalasan Allah swt terhadap satu kemungkinan yang berlaku sehari sebelum tsunami berlaku. Ia dikaitkan dengan pesta mungkar yang dianjurkan oleh sekumpulan anggota keselamatan di pantai berhampiran makan ulama terkenal Aceh, Syiah Ulama.

Sebagai umat Islam tragedi sembilan tahun lalu perlu dijadikan ikhtibar tentang kekuasaan Allah dengan sentiasa mengikut perintah-nya dab meninggalkan segala larangan-nya serta jangan sesekali melakukan kerosakan di muka bumi Allah ini.


Allah SWT berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 41 bermaksud

"telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari perbuatan mereka, agar mereka kembali"

Sememangnnya, kita bersukur biarpun tempias tsunami turut melanda negara ini, namun kesannya tidak seteruk Aceh atau beberapa negara lain. Namun ini tidak bermakna kita harus melihat ia dari sudut bencana alam semata-mata tetapi kaji juga dari sudut Islam.

Atas sebab itu, sementara Allah mengurniakan pelbagai nikmat kepada negara ini sehingga memungkinkan kita hidup aman dan damai, maka belajarlah mensyukuri semua nikmat dan bukannya melakukan tindakan sehingga kita termasuk dalam golongan yang tidak tahu bersyukur.



Mereka yang melakukan kemungkaran,sentiasa bergelumang dengan kepalsuan dan bersedia membuat apa sahaja demi memenuhi tuntutan nafsu diri sendiri, pasti akan menempuhi kebinasaan. Apa yang berlaku dalam peristiwa tsunami sepatutnya memberikan pengajaran bahawa muka bumi ini bukan milik kita, ia adalah persinggahan sebelum kita melangkah ke alam lebih kekal iaitu akhirat.

Justeru jadikan peringatan Tsunami kali ini sebagai titik permulaan agar kita tidak menjadi kelompok yang mengundang  kemurkaan Allah. Semoga dengan cara itu bumi bernama Malaysia ini dijauhi daripada segala bencana dan mala petaka perbuatan kita sendiri.




Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA