ERRA FAZIRA SAH CERAI TALAK SATU

Pelakon Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin sah bercerai talak satu di Makhamah Tinggi Syariah.

Hakim Syarie Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz cerai secara baik oleh Engku Emran, 39, terhadap Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan chek,40.

Semasa prosiding  tersebut,pasangan itu bersetuju hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya,5, diserah kepada Engku Emran manakala hak bersama bermalam diserahkan kepada Erra. Selain itu mereka memperolehi hak cuti persekolahan dan perayaan secara bergilir gilir manakala tuntutan nafkah, idah dan mutaah digugurkan, setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Erra yang kini merupakan pengacara bersama rancangan bual bicara Primadona hadir ditemani rakan baiknya, Datin paduka umie Aida dan suamin, pengarah filem, Erma Fatima, serta seorang lagi rakan wanitanya manakala Engku Emran ditemani rakan lelaki.



Pasangan ini bernikah pada 25 Oktober 2007 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail dan Engku Aleesya merupakan anak tunggal mereka sepanjang hampir tujuh tahun usia perkahwinan mereka. Sebelum ini Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan anggota Kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

ARWAH SI IBU SAAT DATANG MELAWAT JENAZAH ANAKNYA