MH370 MASIH JADI TANDA TANYA?
Nasib Pesawat MH370 yang hilang di Laut China Selatan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew pada awal pagi sabtu lalu kekal menjadi misteri.
Operasi besar besaran dengan fokus mencari pesawat MH370 melibatkan 24 pesawat dan 40 kapal termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Australia, China, Vietnam, Singapura, Thailand, Filipina, dan Indonesia semalam tidak memberikan sebarang petunjuk.
Pihak berkuasa sedang siasat tumpahan minyak yang ditemukan di perairan negara itu. Tiada serpihan pesawat ditemukan.
Beberapa tompok minyak ditemukan oleh Maritim Malaysia kira-kira 20 batu nautika dari lokasi pesawat MH370 dilaporkan terputus hubungan pada pukul 11 pagi, juga masih disiasat.
Siasatan awal radar tentera menunjukkan ada kemungkinan pesawat cuba berpatah balik ke KLIA. sehubungan itu operasi diperluaskan ke Selat Melaka.
Data pemantauan awal pentagon menyatakan tidak mengenal pasti sebarang tanda letupan di Laut China Selatan.

ELEMEN KEGANASAN
- Biro Penyiasatan Persekutuan(FBI) AS menghantar ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan dan tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca.
- Bekas pakar keselamatan pengangkutan AS, Kip Hawley menyuarakan kebimbangan kehilangan pesawat MH370 mungkin ada kaitan dengan amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa AS tentang ancaman bom kasut pada bulan lalu.
- PDRM tidak meletakkan ancaman pengganas sebagai faktor utama kehilangan pesawat MH370 tetapi tidak menolak kemungkinan tersebut.
PASPORT PALSU
- Nama dua penumpang pasport palsu diserahkan kepada agensi perisikan negara dan antarabangsa untuk siasatan lanjut.
- Saluran Televisyenn BBC melaporkan dua penumpang itu membeli tiket penerbangan dari Beijing, China ke Amsterdan,Belanda pada masa yang sama.
Comments
Post a Comment