PASSENGER AIRCRAFT CREW FATE MH370

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) semalam terus menjadi tanda tanya apabila tiada pihak yang tidak dapat mengesan lokasi sebenar kejadian. Walaupun menggunakan teknologi pengesan terkini, pasukan mencari dan menyelamat yang dikerahkan ke kawasan terakhir isyarat diterima masih gagal menemui bangkai atau sebarang serpihan pesawat Boieng 777-200 itu.

Pesawat dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu terputus hubungan dengan Menara kawalan Trafik Udara Subang jam 2.40 pagi, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penerbangan yang dijangka tiba di Beijing, China pada pukul 6.30 pagi itu membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia dan 12 anak Kapal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kawasan mencari dan menyelamat diperluaskan selepas usaha mencari di kawasan terakhir isyarat diterima gagal menemui bangkai pesawat berkenaan.

Pelbagai aset dikerah untuk operasi tersebut dengan bantuan dari beberapa negara seperti China, Vietnam, Filipina, Singapura dan Amerika Syarikat.




TRAGEDI LIBATKAN PESAWAT MAS

1. 4 Dis.1977 - Pesawat MAS Boieng 737 (MH653) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangasa Bayan Lepas, Pulau Pinang Ke Kuala Lumpur dan kemudian ke Singapura membawa 93 penumpang bersama 7 anak kapal terhempas di Tanjung Kupang, Johor dpercayai kerana dirampas pihak tertentu. Kesemua penumpang dan anak kapal Terkorban.

2.18 Dis.1983 - Pesawat MAS Airbus 684 yang berlepas dari Lapangan Terbang Changi, Singapura menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Subang membawa 240 penumpang dan tujuh anak kapal terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kesemua penumpang dan anak kapal terselamat.

3.15 Sept 1995 - Pesawat MAS jenis Fokker 50 yang membawa 53 penumpang berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menuju Tawau terhempas berdekatan destinasi ketibaan mengorbankan 34 Penumpang sementara 18 lagi terselamat

4. 7 Nov.2012 - Pesawat MAS wings jenis Twin Otter terbabas di Marudi, Sarawak akibat angin kencang ketika hendak berlepas dari landasan namun tiada kemalangan jiwa berlaku.

5. 10 Okt.2013 - Pesawat MAS wings jenis Twin Otter membawa 16 penumpang termasuk Juruterbang terhempas di Kudat, Sabah menyebabkan tiga tercedera apabila ia tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah Rumah.


Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA