HUDUD

Makna Hudud

Hudud daripada segi bahasa bermaksud sempadan,had halangan atau sekatan dan pada sudut istilah
pula bermaksud hukuman yang tidak boleh dipinda yang ditetapkan oleh Allah dalam Al-quran dan al-sunnah.

Mukadimmah

Terdapat enam kesalahan hudud yang disepakati oleh semua ulama, iaitu zina, qazaf (menuduh seseorang melakukan zina tanpa saksi), mencuri hirabah (rompakan), minum arak dan murtad. Hakikatnya, orang islam pada dasarnya memang tidak boleh menafikan hukum islam yang disebut di dalam Al-Quran, tetapi harus diketahui bahawa terdapat batas-batas dalam mentafsirkannya. Ini kerana apabila manusia mentafsir hukum-hakam dalam al-quran, dikhuatiri tidak sama dengan maksud yang terkandung dalam kitab suci itu. Sebagai contoh, hudud yang dilaksanakan di Pakistan dan Somalia telah mengundang banyak kritikan daripada pelbagai pihak. Selain itu, orang bukan islam juga perlu diberi pendedahan tentang tujuan sebenar pelaksanaan hudud kerana kita tidak mahu mereka kata hudud adalah sesuatu yang kejam.

1. SOMALIA

Somalia berada di dalam keadaan kucar kacir dengan perang saudaranya sudah berlanjutan selama dua dekad selain masalah lanun dan penculikan. Negara tersebut telah menegakkan syariah sebagai sistem perundangan rasminya mulai Mac 2009,  tetapi mengundang kritikan daripada pelbagai pihak




2. ACEH, INDONESIA


Terletak di utara pulau Sumatera iaitu kira-kira 100 Kilometer dari ibu kota, Jakarta, Aceh merupakan salah satu daripada wilayah konservatif di Indonesia,negara yang majoriti penduduknya beragama islam. Kebanyakan umat islam di negara berpenduduk 234 juta orang itu adalah moden dan sederhana. Di dalam perlembagaan Indonesia terdiri sendiri menamakan lima agama rasmi di negara itu termasuk Buddha dan Kristian. Namun, Aceh mempunyai autonomi khas dan dianggap wilayah yang berbeza daripada wilayah-wilayah lain dalam negara itu. Ini kerana wilayah itu melaksanakan undang-undang syariah dan mempunyai polis penguatkuasa agama yang dinamakan polis syariah. Terdapat lebih daripada 1,500 pegawai polis syariah dan 60 daripadanya adalah wanita.Pegawai-pegawai itu secara relatifnya ceria, tidak membawa sebarang senjata dan mereka selalunya hanya menerima amaran kepada pesalah. Aceh yang melaksanakan  hukum hudud tidak melaksanakannya secara menyeluruh apabila kesalahan khalwat dan zina sahaja dihukum mengikut hudud manakala kesalahan lain mengikut undang-undang tempatan.



3. BRUNEI

Pada 22 Oktober 2013, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pewartaan Perintah kanum hukuman syariah 2013 (PKHJS 2013) dengan tujuan melaksanakan hukum hudud dan qisas di negara itu yang dikuatkuasakan berperingkat -peringkat mulai April. Dalam  pada itu,Brunei telah mula memperkenalkan undang-undang jenayah syariah pada 1996. Peruntukan undang-undang sedia ada termasuk kanun kesesakan akan berjalan seperti biasa dan kes-kes itu akan terus dibicarakan oleh Mahkamah kes-kes itu akan terus dibicarakan oleh Mahkamah undang berkaitan seperti acara jenayah,undang keterangan dan lain-lain masih belum selesai.




Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

ARWAH SI IBU SAAT DATANG MELAWAT JENAZAH ANAKNYA