KRONOLOGI INSIDEN KEHILANGAN MH370

8 MAC 2014

Pesawat MH370, jenis Boieng 777-200, membawa 239 penumpang dan kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Pesawat dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pada 120 nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan. Radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ,merekodkan sebuah pesawat yang tidak dikenali terbang dari arah laluan MH370 menuju ke pantai Barat melewati Selat Melaka sebelum hilang di kawasan 200 batu nautika dari barat laut Pulau pinang pada 2.15 pagi. Berdasarkan rekod berkenaan, pihak berkuasa percaya pesawat itu berkemungkinan MH370 yang berpatah balik untuk ke KLIA.

9 MAC 2014

Paglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkiefli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan selat Melaka. Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

11 MAC 2014

Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka ialah Warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrded,19 dan Delavar Seyed Mohammad Erza,29. Kedua-dua mereka disahkan tiada kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

14 MAC 2014

Pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata, usaha mencari MH370 terus dipergiatkan dan kini diperluaskan sehingga ke lautan Hindi. Hishamuddin memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menoleh belakang dalam usaha pencarian itu supaya perkembangan baharu dapat disampaikan kepada anggota keluarga yang terlibat.

15 MAC 2014

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama adalah MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan perjalanan asal ke Beijing dan hilang sejak sabtu lepas. Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan pesawat kemungkinan waktu berada dalam satu daripada dua koridor.Dua koridor itu adalah koridor Utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkenistan sehingga ke utara Thailand atau Koridor selatan yang dianggarkan dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.

16 MAC 2014

Operasi SAR penumpang pesawat MH370 telah menjadi usaha multinasional melibatkan 25 buah negara yang dipimpin oleh Malaysia. Pencarian di kawasan yang lebih luas memberi cabaran baharu dalam soal penyelarasan usaha mencari dan menyelamat.

17 MAC 2014

Sebanyak 26 buah negara mengesahkan persetujuan untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi mengesan pesawat MH370. Siasatan Mengenai misteri MH370 turut mengambil kira kemungkinan juruterbang menghadapi masalah peribadi ketika mengendalikan pesawat tersebut.

18 MAC 2014

Operasi SAR yang masuk hari ke-11 ditumpukan pada empat tugas utama iaitu mengumpul maklumat daripada radar satelit, analisis data radar, meningkatkan aset mencari dan menyelamat serta penglibatan lebih ramai pakar teknikal. Operasi SAR menjadi semakin kompleks teknikal dan melibatkan banyak negara.


Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA