TEST JPJ

Salam Jumaat, Hari penghulu segala hari

Syukur, syukur Alhamdulillah selesai sudah Test JPj yang berlangsung semalam & Sukacita dimaklumkan Cik Mie Lulus lesen kereta & Moto. Thank you very much wat tenaga pengajar especially En.Rahma dari Syarikat Vela driving school yang banyak membantu cik Mie sepanjang latihan driving. Sebulan setengah ulak alik dari rumah ke pusat driving semata mata nak dapatkan sekeping "lesen" lastly memang hasilnya berbaloi. Beliau (Encik Rahma) org yang paling bangga semalam coz semua anak didiknya lulus dgn cemerlang..huhu. Tak Lupa Thank you wat parent yang banyak bagi sokongan & dorongan juga doa sepanjang Test jpj tu berlangsung & tak lupa doa followers blog, Thanks Amin




Cerita Test JPJ Semalam

Sebelum Test JPJ berlangsung memang cik Mie akui x boleh nak tido kerana asyik dok pikirin Test tu je, yela takut x lulus ke hapa ke.. Malu kalau tak lulus, Tido pun cuma 3 ke 4 Jam, serious!! dugaanya macam org nak nikah, So hari yang dinanti nantikan akhirnya tiba pada tanggal 29 Mei 2014. Siap2 bertolak nak gi test JPJ tepat jam 8 Pg dengan, cik Mie tak keseorangan senanya ada 4 orang calon lain dari satu daerah.

Sampai je di situ, terus pengarah syarikat bagi taklimat pasal test yang bakal kami tempuhi dan ambil no. Then, bermulanya test Yg pertama iaitu Motorsikal.. kebetulan dapat no giliran 22 kiranya org yang first la yang diuji. Perkara yang terjadi time test motor semalam, moto dia tak boleh nak start, malu sia depan orang ramai pula tu tengok, mujur ada pembantu yang nak tolong start kan enjin, Selesai test Moto dapat result, Alhamdulillah dapat 19/20.. Lulus.

Test Kete pula muncul, Ni yang paling lama tunggu, sebb giliran cik mie test giliran no.54 Seksyen 2.. lama lagi kot, dalam pukul 12.40 tgh hari macam tu, Baru la boleh test Kete, Naik je bukit nak taw apa yang terjadi? Cik Mie tersalah cakap nombor angka giliran dah, No giliran 54 tapi cakap 55..hahahah, pe lagi marah la orang JPJ. orang tu kata "no kamu 54 asal sebut 55, saya failed kan kamu baru taw, nak?macam mana tak tau no giliran" balas "sory Tuan, Tak sengaja terlepas cakap.Sian juga kat calon no 55 sampai kan tuan JPJ tu suruh keluar kete sebab no dia tak ada. ermm, Kenangan2

Pastu dah settle semua, Test jalan raya pula..Ya Allah nasib dapat orang JPJ baik, time test jalan raya boleh pula orang tu tertido..hahaha, melampau kan, Alhamdulillah result dapat 18/20 Yeahhhh !!!

Sekian,





Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA