ABBY ABADI CERAI TALAK SATU
Teka Teki status rumah tangga Pelakon & Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi akhirnya terjawab jua apabila sah bercerai dengan talak satu dengan Muhammad Farhan Che Bakar, 24 di Mahkamah Syariah Gombak Timur.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mendengar kes pasangan tersebut memutuskan lafaz cerai menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37 pada sebutan pertama pada 29 Mei lalu memberitahu Mahkamah Farhan membuat lafaz tersebut pada pukul 10.25 pagi selepas bertengkar pada malam sebelumnya. Bagaimanpun kes tersebut ditangguhkan selepas Abby Mendedahkan kepada mahkamah Farhan pernah memaklumkan kepada seorang teman pada januari lalu menerusi sms bahawa dia sudah "tiada apa-apa" lagi dengan Abby.
Abby dan Farhan berkahwin pada 9 Julai tahun lalu, di selatan Thailand namun disahkan di Kelantan.
Perkahwinan Abby dan Farhan kini tinggal kenangan
Farhan akui dicederakan Abby Abadi sebelum cerai.
Sementara itu, Bekas suami Abby Abadi, Farhan akui beliau telah dicederakan secara fizikal di bahagian muka,tangan dan lengan.
menurutnya "Saya telah dicakar, Abby kata saya tidak membawa kepetingan kepadanya serta tidak membawa apa- apa faedah untuk meneruskan hubungan sebagai suami isteri" Kata Farhan.
Selain itu,menurut Farhan lagi, Abby sering meminta wang dan dia akan dimarahi sekiranya tidak diberikan jumlah yang dikehendaki.
Bersabarlah wahai Abby.. mungkin ada hikmah disebalik hikmah
ReplyDelete