SULTAN AZLAN TOKOH PELBAGAI BIDANG

Almarhum Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah yang mangkat pada usia 86 Tengahhari rabu lalu akan dikenang sebagai seorang pemimpin dan tokoh yang banyak berjasa kepada negara menerusi penglibatan baginda dalam bidang perundangan, pendidikan dan sukan.

Sejarah hidup Almarhum bermula apabila diputerakan pada 19 April 1928 di Batu Gajah,Perak. Mendapat pendidikan awal di sekolah Kerajaan (Inggeris) Batu Gajah yang kini dikenali sebagai sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah, Sultan Azlan kemudian melanjutkan pelajaran Menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum menyambung pengajiannya dalam bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kigdom.

Almarhum dikurniakan Ijazah undang-undang pada 1953 dan pada 23 November 1954, diterima sebagai ahli dalam The English Bar oleh The Honorable Society Of Lincoln Inn. Memulakan perkhidmatan awam sebaik sahaja kembali dari United Kingdom, Almarhum bertugas sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Setelah itu baginda menceburi Perkhidmatan undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret kelas pertama dan Presiden Mahkamah sesyen.

Setelah itu Almarhum dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Kemuncak kerjaya baginda dalam bidang kehakiman dan perundangan adalah apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada 1965 ketika baru berusia 37 tahun. Pelantikan itu menjadikan Sultan Azlan sebagai Hakim paling muda pernah dilantik dalam sejarah kehakiman negara-negara komanwel.

Pada 1973, Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan dan berkhidmat selama enam tahun sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1979. Jawatan yang dipegang baginda sehinggakan dilantik sebagai ketua Hakim Persekutuan Malaysia pada 12 November 1982. Pada 1 Julai 1983, Sultan Azlan dimahkotakan sebagai Raja Muda dan seterusnya mewarisi takhta negeri Perak pada 3 Februari 1984.

Baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke 34 secara rasmi pada 9 Disember 1985, menggantikan Almarhum Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah. Pada 1989 pula, Almarhum mengambil giliran sebagai sebagai yang dipertuan Agong kesembilan selepas mengangkat sumpah dan menandatangani surat Pengisytiharan di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, menggantikan Almarhum Sultan Iskandar Shah. Sultan Azlan menduduki takhta sebagai yang dipetuan Agong sehingga 25 April 1994.

Almarhum dikenang sebagai pemerintah yang mengutamakan kepentingan ilmu dan pendidikan serta sering mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan bacaan tahlil di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. menggambarkan pertalian rapat baginda dengan rakyat jelata. Almarhum juga Sultan Keempat yang menyambut Jubli Perak pemerintahan dalam sejarah Kesultanan negeri Perak pada  Februari 2009. Sambutan Jubli Perak baginda bagaimanapun sedikit tenggelam berikutan krisis politik negeri ketika itu yang menyaksikan peralihan kepimpinan kerajaan negeri dan pertukaran menteri besar dalam bulan yang sama.







Baginda berkahwin dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun pada 1955 dan dikurniakan lima orang cahayamata iaitu dua putera dan tiga puteri. Putera sulung baginda, Dr. Nazrin Shah diputerakan pada 27 November 1956 dan kini pemangku Raja Perak. Anakanda baginda yang lain ialah Raja Datuk Seri Azureen yang diputerikan pada 9 Disember 1957, Raja Datuk seri Eleena pada 3 April 1960 dan puteri bongsu, Raja Datuk Seri Yong Sofia pada 1961.

Anakanda ketiga, Raja kecil sulung Perak, Datuk Seri Raja Ashaman Shah yang diputerakan pada 28 Disember 1958, mangkat pada 30 Mac 2012 akibat serangan asma.

Dalam bidang sukan turut menerima sentuhan Sultan Azlan yang begitu meminati hoki sejak zaman persekolahannya lagi. Almarhum pernah menerajui Persekutuan Hoki Malaysia (MHF) dan menjadi Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH). Kejohanan Hoki Piala Azlan Shah yang bertaraf antarabangsa dab diadakan setiap tahun di Ipoh, bersempena nama baginda adalah bukti minat mendalam almarhum terhadap sukan berkenaan. Sukan Golf Turut menarik minat baginda yang menjadi penaung Kelab Golf Diraja Perak.

Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA