THROWBACK : ZAMAN PERSEKOLAHAN

Assalamualaikum guys.. Zaman persekolahan adalah satu kenangan yang kita tak akan dapat lupakan. Pelbagai kenangan manis, pahit, semualah dikongsi bersama rakan-rakan. Sedar tak sedar dah 6 tahun "aku"tinggalkan alam persekolahan & last saya sekolah tahun 2008.

Mendapat pendidikan awal di SK Jenjarom, disitulah aku mula-mula  kenal ABC di darjah satu sampai tamat ke UPSR tahun 6 2003 di penghujungnya. Hari pertama persekolahan aku mula kenal dengan rakan2 baru, walaupun ada sebahagian nye aku dah kenal sejak dari tadika lagi. Banyak sebenarnya kenangan sekolah rendah ni, salah satunya kena denda ngan cikgu akibat kenakalan saya, dah tak ingat time tu darjah berapa,ermm

Sekolah Rendah


Menyambung pendidikan di alam sekolah menengah, mengajar aku tentang alam dewasa, pelajaran pun semakin hari semakin susah. Di SMK Jenjarom, aku dapat mengenal masyarakat berbilang kaum antaranya cina, india, mahupun sabah?? ehhh sabah..ada time tu..Kita kan 1 Malaysia. Selain itu, Tidak dinafikan zaman di kolej mahupun politeknik memang seronok. Aku akui, bebas dari kongkongan. bebas dari guru disiplin yang garang dan bebas dari segala-galanya tetapi seriously tak sama keseronokanya di zaman persekolahan. 






Gambar 2 di atas, adalah rombongan ke Kuala lumpur melawat kilang roti. Waktu ni 2 minggu sebelum Kami menduduki SPM... kini semua adalah kenangan, lepas sekolah semua membawa haluan masing2 termasuk aku menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Sekarang dah ada member yang berkahwin and punya anak. 

Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA