NIK AZIZ SELAMAT DIKEBUMIKAN
Jenazah bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat selamat dikebumikan tepat jam 10.55 pagi semalam di Tanah perkuburan Islam Pulau Melaka bersebelahan pusara bapa beliau.
Jenazah Allayarham sebelum itu disolatkan di Masjid Pulau Melaka pada jam 10 pagi yang dihadiri lebih kurang 30,000 orang yang hadir.
Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara tetamu VVIP yang hadir menziarahi jenazah Mursyidul Am PAS itu.
Jenazah Allayarham sebelum itu disolatkan di Masjid Pulau Melaka pada jam 10 pagi yang dihadiri lebih kurang 30,000 orang yang hadir.
Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara tetamu VVIP yang hadir menziarahi jenazah Mursyidul Am PAS itu.
Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu kira-kira pukul 9.40 Kelmarin. Bekas menteri Kelantan itu menghidap penyakit Kanser Prostat tahap empat sejak beberapa tahun lalu telah dibawa pulang ke rumahnya sejam sebelum itu selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti sains Malaysia (HUSM) sejak 20 januari lalu.
Allahyarham yang lebih mesra di kenali dengan panggilan Tok Guru ini dilahirkan pada 10 Januari 1931 di Pulau Melaka, Kelantan mula berkhidmat menjadi wakil rakyat selepas bertanding dalam Pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (Sekarang dikenali sebagai Pengkalan Chepa) pada tahun 1967 dan mengekalkan kerusi tersebut sehingga beralih ke kerusi Dewan Undangan Negeri pada tahun 1986 sehingga sekarang. Beliau melepaskan jawatan Menteri Besar pada 6 Mei 2013.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman. Al-Fatihah
Comments
Post a Comment