YUSOF TAHIR BAPA MUZI YUSOF MH370 MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum, dengan rasa dukacita nya saya ingin merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Yusof Tahir yang kembali ke rahmatullah pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala lumpur. arwah adalah jiran sebelah rumah saya

Allahyarham yang juga bapa kepada salah seorang penumpang MH370 yang hilang 8 Mac 2013 menghembuskan nafas yang terakhir jam 11.25 pagi akibat masalah jantung. Arwah sebenarnya memang sudah lama menderita pelbagai penyakit, namun sejak akhir ini keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan.

Allahyarham Yusof Tahir meninggalkan seorang balu iaitu Wak Imah nama singkatan beliau dan 10 orang anak serta cucu. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Jenjarom selepas solat Asar sebentar tadi.

Kenangan..Arwah Yusof Tahir dan isteri beliau


Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang bertaqwa dan beramal soleh.Al-Fatihah

Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

ARWAH SI IBU SAAT DATANG MELAWAT JENAZAH ANAKNYA