Raya cina 2015 di Meru,Klang

Hai, Gong xi Fai cai yang tak berapa nak fai cai sangat. hahaha, walaupun Hari raya tahun baru cina dah seminggu berlalu. namun bahang sambutannya tetap dirasai di sana sini. Sempena sambutan raya cina yang lalu.seperti lazim nya and adat setiap kali perayaan memang akan pulang ke kampung halaman di Meru, Klang . Berkampung selama 2 hari 1 malam :).

Kami bertolak dari rumah jam 10.15 malam, sampai sana tiba-tiba dapat panggilan dari wak bahawa jiran sebelah rumah ada orang meninggal. Allah time tu rasa nak balik je ziarah, tapi nak buat macam mana terpaksa lupakan sebab jauh. Hanya Al-Fatihah sahaja yang mampu aku sedekahkan. Tiba di sana ada sepupu yang aku sayangi datang especially Adlina Roshid cousin aku yang dok Bukit Kerayong & adik beradik nya. hahaha, Rajin Adlina study nak dekat PT3 ni. Petang sabtu tu kami, wawan dan danish ke Seberang kampung Bkt Kapar jalan2. sambil jalan tu usha la awek sikit kot2 ada yang berkenan. hahah, gatal ko mie* owh aku dah berpunya. Lama juga lah jalan sampai telajak ke Bukit kerayong.. hmmm. Puas nya dok situ kampung nya yang besar.. Balik dari jalan Cik Mat velanja satay, nyum x3.. makan 6 cucuk pun jadilah.

Danish, helmi & si pemalu (iman baju biru)

Hari ahadnya pula, kaki aku pula hal, biasalah asal sampai kampung ada je sakit yang aku kena dari dulu. Tu lah makan lagi seafood banyak-banyak lagi kan dah padan muka dah kena gout. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu, sakit + pedih teramat. Sebelum balik "KL"sempat selfie buat kenang kenangan,hihi 


helmi, damia & lala

Kenangan tahun baru cina 2015 in memory sekian.




Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA