PEKERJA PANASONIC

Assalamualaikum pembaca. Dah lama beta tak update blog ni,ciewah.. ermm last berbuat demikian march lepas, tak lah lama sangat kan macam aku ni setahun tak tulis blog. huhu ~ So, selama tiada saya selama ini I memang bezy sekarang tak ada masa, kerja kan :). Alhamdulillah lah masuk minggu ni genap sebulan kerja. Dekat mana? owh nanti saya ceritakan.

Selama ini tak pernah tau pun kerja tempat ni, tapi hari sebelum nak interviu belek-belek la google cari "Kerja kosong" jumpa satu tempat kosong dengan segera. Apa lagi pergi lah aku ke tempat kejadian (Interviu) & dalam masa yang sama dapat pula job.Alhamdulillah senang je aku lalui interviu tu. Nama syarikat tempat aku kerja tu namanya adalah PANASONIC Seksyen 21, Shah Alam. Syarikat buat Air cond. First masuk kerja, ingat aku sorang diri je yang masuk, rupanya ada 7 yang lain. Yang menarik nya 6 staff baru OKU and salah seorang nya dia boleh cakap cuma tak boleh dengar. Nama beliau Amir. Kalau nak cakap dengan Amir ni kena cakap kuat, kalau tak dia tak dengar. Kadang-kadang aku rasa tak sampai hati tengok diorang (OKU) tak boleh bersuara, hanya berbekalkan isyarat tangan. Pernah one day, time tu memang awal kerja lah, hampir menitiskan air mata aku dibuatnya. Aku bersyukur sangat aku dilahirkan dengan sempurna sejak lahir, tapi bagi diorang belajar tabah sebab Allah swt dah kasi mereka keistimewaan yang tak pernah orang normal rasa.

Staff normal kalau campur aku 3 orang je. Tapi baru-baru ni. member sorang berhenti kerja pula. sudah !! . 45 minit perjalanan dari rumah membuat aku rasa bahagia untuk ke kerja hari2. Apa pun apa yang lakukan selama ini berkat rezeki kerja aku dilimpahi rahmat & dapat la duit poket sendiri and untuk masa hadapan, hihui



Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA