MAJLIS RESEPSI AQILAH & ARIFFIN

Pukul lah tabuk x3 pukul rebana. kalau lah jodoh tidak kemana

Alhamdulillah. Majlis Reception di antara sepupu saya, Aqilah Mohd Izazi dan pasangan Muhammad Arrifn Zainuri dilangsungkan dengan cukup meriah sekali.

Pada 1 Mei 2015 yang lalu Aqilah atau nama manja nya Qila telah selamat menjadi suri di hati Ariffin dengan sekali lafaz bertempat di Masjid Al-Falah Kg jenjarom. Cousin aku dah lepas oiii !! aku ni bila lagi oiii.. ahahaha. Nak share la time akad nikah hari tu sebenarnya bukan sorang je yang nikah. tapi dua orang. Pasangan sorang lagi tu senior sekolah helmi dulu. Masa lelaki dia nak lafaz akad tu dengan tidak sengajanya beliau gabra depan tok kadi. 3 Kali lafaz sah bergelar suami isteri yang sah. Jarang jumpa.

Keesokan harinya iaitu 2 Mei 2015 hari yang paling ditunggu dan dinantikan oleh kami sefamily setelah berbulan bulan lamanya wat preparation itu ini, bungkus itu, bungkus ini dan inilah harinya kedua mempelai diraikan dengan penuh cukup romantik. Selama 3 majlis perkahwinan ank wak helmi yang terdahulu, memang inilah majlis yang cukup meriah. sebab apa?? sebab ada Dayang2 yang mengiringi pengantin time berarak. Konon je tu. Tak lupa juga tetamu disajikan dengan makanan seperti nasi minyak, daging rendang, kuah kari, ayam masak merah, cendol, Ayam goreng KFc, Aiskrim & Apam balik. Macam-macam kan !!

Semalam juga telah berlangsung majlis bertandang pihak lelaki di lokasi yang sama jalan satu sama. ha !
Konsep pakaian pengantin kemain havoc, yang lelakinya siap berpakaian Ala2 tentera. Korang nak tahu. sampai sana mati-mati ingatkan ada orang arak ala2 tentera gitu. sekali hampeh. Rupanya baju itu pakaian rasmi MBPJ. Sebab si suami Aqilah ni iaitu Ariffin kerja kat situ. Berlangsung pada 10 Mei 2015 majlis persandingan agak cepat iaitu pukul 12.29 tengah hari yang dihadiri keluarga kedua belah pihak, sahabat sandai.

Okey dah penat menaip, so ucapan semoga Qila & ariffin dah menempuh bahtera rumah tangga dengan baik & aman. Selamat pengantin baru and cepat2 dapat baby taw. Semoga berbahagia swee-sweet hingga ke jannah. Amin. k Bye









Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA