DULU SEKSI KINI BERPURDAH

Cerita Bagaimana seorang wanita mendapat hidayah dari Allah swt yang dahulu nya sesi kini berhijab dan seterusnya berpurdah. Masa mula-mula masuk UITM dulu, saya tak pernah tahu pun pasal Tarbiyah. Tudung saya paras dada. Ikhtilat tak berapa nak jaga. Perasaan cinta pada Allah dan islam itu kurang ada. Bila masuk UITM, saya terduduk sebelah perempuan yang tinggi. Tudung labuh sekali. Dia biasa-biasa sahaja tapi saya senang melihat dia. Masa orentasi saya perhatikan cara dia sahaja. Memang dia bertudung labuh macam orang lain yang saya nampak. Tapi saya dapat rasa dia memang lain.

SELALUNYA ORANG BERTUDUNG LABUH NI AKAN BERDAKWAH, MEMBERI NASIHAT.

Jujurnya apa yang saya nampak, selama ini orang yang bertudung labuh akan berdakwah dengan percakapan, berdakwah dengan nasihat, dan macam biasa, saya dah kalis dengan semua itu..Tapi bila lihat dia ni , tanpa sebut apa-apa pun saya dah tertarik dengannya. Masa taklimat, kalau ada lelaki yang berceramah, dia tak akan tengok lelaki itu. Dia akan pandang dinding, pandang bawah, pandang tepi. Tapi dia dengar.

Lepas tu, kalau dalam orentasi masa bersenam, dia sekali bersenam. Bila tiba part tonggek2 dia akan berdiri tegak tak ikut sekali. Dia tak pilih kasih, dia kawan saja dengan sesiapa pun. Orang freehair pun senang dia.

CARA DIA BERFIKIR MATANG

Dah seminggu saya perhatikan dia, tiba waktu kelas. Ditakdirkan saya dapat duduk belakang dia. saya tanya dia "Nama siapa". "Syaza", saya tanya lagi sebab muka dia nampak matang dan memang tinggi. "umur?".  '20 tahun' masa tu saya 18 tahun. Sebelum ini dia belajar dekat sunway college. Tapi tak boleh bawa. Dia berhenti dah masuk UITM. Sebab tu dia tua sikit. Sejak dari tu saya panggil dia kak Syaza. Dia seorang yang humble masa P&P. Tak nampak pun muka macam budak pandai. Tapi Ya Allah, Setiap kali lepas belajar, mesti dia akan jumpa lecturer dan tanya soalan yang tak terlintas difikiran saya. Dari cara dia memang dapat agak,  cara dia fikir tak sama macam cara kebanyakkan orang lain berfikir.


SUMPAH, TAK PERNAH SAYA LIHAT ORANG LUAR BIASA MACAM NI.

Lepas tu, buatlah quiz, test and everything. Dia selalu score 100%. Paling rendah markah dia pernah dapat 96%. Tak pernah lagi rendah dari yang itu. Sampai saya jeles lah dengan dia. Saya tanya housemate dia, apa yang dia buat sampai boleh jadi begitu pandai? Housemate dia cakap, dia biasa je, cuma solat tak tinggal. Lepas subuh dia tak akan tidur. Dan paling menarik masa dia tak boleh solat. dia akan bentang kain batik ikut arah kiblat dan berzikir seolah-olah dia boleh solat.

Saya Tanya 'Hah! Kenapa pelik sangat?
Housemate dia cakap dia memang macam tu. Hati tu saya ada tanya dia sendiri kenapa buat camtu. Dia cakap, supaya nanti dah kahwin dan ada anak, anak dia akan tengok yang hubungan dengan Allah Takkan putus walaupun tak boleh solat. Tegak bulu roma saya bila dengar. Sumpah, tak pernah saya lihat orang luar biasa macam ni. Biasa tapi luar biasa.

Terbaca dalam diari ada ‘1000 impian sebelum ajalku tiba


Diari tu..penuh keluh kesah yang dia tak pernah cerita.
Saya menangis baca. Insan gagah macam dia rupannya lagi banyak problem dari saya. Tak ada satu catatat pun yang dia TAK akhiri dengan ‘Sungguh Allah itu maha memudahkan kesulitan’. Aku berserah.’
Di tengah diari tu saya terbaca jugak ‘1000 impian sebelum ajalku tiba’
Tercatatlah kat situ segala amalan yang dia nak buat. Termasuk tak tinggal zikir waktu tak boleh solat. Yang simple pun dia tulis.
Contoh macam Tak mungkir janji.
Satu Hari 100 Alhamdulillah.
Husnuzhon meskipun pada seorang Cikaro.
Macam-2! Rupa rupanya kekuatan dia,
ALLAH &
INGAT MATI.

Sudah masanya untuk masuk dunia tarbiyah


Saya dengan rela hati cakap, nak masuk dunia tarbiyah. Dia terus belikan saya tudung bidang 48 dan sepasang Handsock. Saya pakai dan saya suka. Alhamdulillah. Usrah dia memang best. Ada game sirah, ada part Tajwid, tazkirah yang sangat ohsem. Hati saya terpaut dengan usrah dan tak mau tinggal dah !
Alhamdulillah, pointer saya makin tinggi biarpun sibuk dengan usrah.
Akhirnya.. Masa nak final exam hari tu. Saya nampak mata dia bengkak. Dia tak tidur malam sampai lah hari nak exam. Bila ditanya, dia tak jawab.
Dia masuk dewan macam biasa tup tup keluar awal.
Paper seterusnya pun macam tu.

Itulah kali terakhir saya bercakap dengan dia..


Dah habis semua exam, saya tanya dia sebab nampak dia tergesa-gesa. ‘Akak nak pergi mana? Kenapa mata bengkak sangat ni?’
‘Ayah akak meninggal dua hari lepas. Akak kena balik. Doakan akak tau.’
Dia peluk saya lama.
Itulah kali terakhir saya bercakap dengan dia. Saya sebak sangat sebab masa ayah dia meninggal tu, exam kami berderet. Memang padat. Tapi tetap gagah. Dia tak balik. Dia stay kat kolej.
Dah habis exam, semua pun kemas barang balik kampung masing-2. Itulah kali terakhir jumpa. Lost contact. No dia dah tukar. FB tak guna dah. Saya benar benar lost contact dengan dia!

Nasihat Kak Syaza takkan dilupakan sampai bila-bila

Sedih. Saya ingat lagi pesanan dia bila saya tanya dia, ‘Akak, macamana nak lekat dengan ilmu? Saya baca banyak kali nota saya. Tiap kali lepas kelas kot. Tapi tetap tak masuk. Saya tengok akak relax je tapi markah tetap high high sehigh awan nano!’
Dia cakap,’Ilmu tu cahaya. Cahaya tak akan pergi pada benda yang kotor. Gelap. Cuba awak fikir balik, ada tak apa yang awak dah buat sampai ilmu tak mahu lekat dengan awak?’
Saya fikir. Banyak banyak banyak kali.
Ya.. Memang ada.
Saya suka berjimba dengan kawan.
Saya masih ada crush.
Saya suka mengumpat, gosip.
Saya menyampah dengan doktor bila bila dia masuk kelas lambat.
Terus sejak tu saya muhasabah. Saya jaga hati dari buat maksiat. Jaga diri dari buat dosa. Walaupun yang kecil kecil. Alhamdulillah, sampai sekarang takyah struggle sangat dalam study, mudah je ilmu tu masuk dan lekat. Mudah sangat nak faham pelajaran.
Last but not least, ayat Kak Syaza yang sangat saya tak boleh lupa,
‘ Apa-2 yang disandarkan pada Allah, urusan lainnya juga pasti akan Allah mudahkan sama tanpa perlu awak work hard. Ingat tau. Allah.





Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA