MEREKA BERAYA DI JENJAROM 2015

Assalamualaikum. Selamat hari Pahlawan gais & selamat berhari raya yang entah berapa syawal kali ini. Orang melayu Raya kan sebulan plus campur open house sebulan jumlah dia 2 bulan. cewahh !. Begitulah sambutan raya orang melayu ye dok. Kata orang Hari raya Aidilfitri ni terus sambung sampai Raya Haji, nampak sangat melampau. hahaha.

Entry kali ini berkisar pasal raya juga. Hujung Minggu lepas punya ceritalah Orang kampung Meru iaitu family belah ibu datang ziarah menziarahi orang jauh. Beraya di Jenjarom, Banting. Sakan diorang beraya. My untie lah paling sakan siap ambik gambar selfie. huhu ! Tapi tahun ni macam tak berapa nak sangat amik gambar family ramai-ramai. kenapa entah? Takpe mungkin tak ada rezeki kot, jumpa tahun depan kalau masih ada kesempatan.

Owh cerita lagi, hari tu diorang sampai rumah sekitar pukul 11 pagi. Ingat yang datang 3 kereta je sekali menjelang belah petang sampai 12 kereta, rumah aku dah la papan kalau datang beramai memang roboh la jawap, kalau budak ramai2 hentak kayu rumah belah atas rebah kot rumah aku tu. haha motif sangat*. Kebetulan ahad lepas juga sambut birthday sister yang ke 21 tahun. siap potong kek bagai. Menu nya pula Laksa, pucuk ubi masak lemak ikan keli my favourite food, burgerdel, Ayam goreng & Karipap. Menu sampingan pula nenek kebetulan bawa nasi lemak. So macam-macam la menu hari tu. Open house kot.

Memang sudah adat family  helmi setiap tahun bila orang yang jauh mendekatkan diri dengan orang yang jauh. Sambil tu tanya khabar, almaklumlah beraya kat jenjarom pun setahun sekali. Bila agaknya diorang nak merasa tidor rumah aku lagi ye. Kot tunggu aku kahwin kot. Kalau aku kawen memang akan kata seminggu korang tidur rumah aku wat preparation. Agaknya. Hahaha. hmm nak cerita ape lagi ye, rasa nya tu je kot. Kbye

mY Mum (tudung hijau) & Untie Habibah
nenek Napsiah


Happy birthday sister, Nabilah
(26 July 2015)

Me & Danish 

Baju sama colour


Lazat tak terperi 

Haziq Anaqi anak kak jijah :)

Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA