SELAMAT HARI RAYA FANS
Assalamualaikum fans
Terlebih dahulu, nak ucap Alhamdulillah ke hadrat tuhan kerana kita ditemukan sekali lagi entry yang terbaru ini. Kali ini just cuma nak cakap yang baik-baik sahaja, ye lah kan dah nak dekat raya ni. Sedar tak sedar dah 28 Hari berpuasa di bulan Ramadan yang mulia. Sepanjang berpuasa di tahun 2015 bermacam macam cabaran yang terpaksa umat islam di Malaysia menyambut nya. Paling tak tahan cabaran panas nya. Ya Allah serious nak share le pernah satu hari tu saya berpuasa, tiba2 rasa macam nak minum pun ada. dengan panas yang membara tanpa hujan. Dugaan betul. Tapi, dah nak hujung2 ramadan ni cuaca pun dah semakin redup seredup wajah saya.cewahhh ! :)
Aidilfitri. Apa itu aidilfitri? bermakna hari raya puasa di mana kembali kepada fitrah selepas sebulan puasa. Tak nak berceloteh panjang lebar, Helmi ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada salah silap ke, terkasar bahasa ke selama ni di blog, harap-harap dimaafkan. Siapalah diri ini, aku hanyalah manusia biasa yang buat jahat. Kosong-kosong ye gais. Ok
Kepada Keluarga, saudara mara, sahabat handai yang mengenali diri ini, salam Aidilfitri maaf zahir dan batin. Insyallah jumpa anda semua di hari lebaran. warga kota yang ke kampung halaman tu tak kira korang dari kelantan. pahang. johor, kedah, perak berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Banyakkan bersabar semasa memandu & kalau mengantuk rehatkan diri anda di stesen R&R. promote sikit diri, Tahun ni saya balik kampung Kat Meru, Klang raya pertama. Kalau nak datang rumah beraya boleh je start hari raya ketiga ke atas di Banting, selangor. nak taw lokasi wechat saya ID: Hilmikhayy, atau melalui twitter :@emy_khai91 atau Instagram :@Hilmioffical. Selamat hari raya.
Sebelum Hilmi berundur diri, dengarlah serangkap pantun raya
Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.
Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di Aidilfitri,
Hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja pengganti diri.
Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin :))
ReplyDelete