SEHATI SEJIWA MERDEKA 2015
Tanggal 31 Ogos bakal diraikan dengan sambutan besar besaran bagi memperingati tarikh di mana negara kita Malaysia mengecap kemerdekaan kira-kira 58 tahun lalu. Sambutan bukan sahaja d peringkat persekutuan malah di semua negeri, daerah dan juga sekolah. Sabah tahun sambutan seumpama ini dijalankan bagi memberi gambaran betapa cintanya rakyat pada tanah air mereka. Sehati sejiwa menjadi tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini yang mana ia amat kena dengan keadaan semasa yang berlaku pada hari ini sama ada dari segi landskap politik, kemasyarakatan dan juga kesetiaan kepada negara. Justeru, tema ini hanya dihayati dengan sebaik mungkin dalam memberi kesan kepada setiap rakyat Malaysia bagi memastikan kehidupan aman, harmoni dan tenteram dapat dicapai seperti satu masa dahulu. Walaupun pelbagai corak pemikiran tidak kira ideologi mahupun fahaman, seharusnya rakyat perlu sedar akan aspek terpenting iaitu keaamanan bukan untuk diri sendiri bahkan kepada anak cucu kita kelak. Per...