SEHATI SEJIWA MERDEKA 2015

Tanggal 31 Ogos bakal diraikan dengan sambutan besar besaran bagi memperingati tarikh di mana negara kita Malaysia mengecap kemerdekaan kira-kira 58 tahun lalu.

Sambutan bukan sahaja d peringkat persekutuan malah di semua negeri, daerah dan juga sekolah. Sabah tahun sambutan seumpama ini dijalankan bagi memberi gambaran betapa cintanya rakyat pada tanah air mereka.

Sehati sejiwa menjadi tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini yang mana ia amat kena dengan keadaan semasa yang berlaku pada hari ini sama ada dari segi landskap politik, kemasyarakatan dan juga kesetiaan kepada negara.

Justeru, tema ini hanya dihayati dengan sebaik mungkin dalam memberi kesan kepada setiap rakyat Malaysia bagi memastikan kehidupan aman, harmoni dan tenteram dapat dicapai seperti satu masa dahulu.

Walaupun pelbagai corak pemikiran tidak kira ideologi mahupun fahaman, seharusnya rakyat perlu sedar akan aspek terpenting iaitu keaamanan bukan untuk diri sendiri bahkan kepada anak cucu kita kelak.

Perpaduan kaum yang kita kecapi setelah sekian lama mungkin akan tercalar jika tidak dijaga dengan baik dan akhirnya akan memecahbelahkan masyarakat Malaysia. Seharusnya kita berasa bangga dengan apa yang kita miliki sekarang, perpaduan dan sebagainya bukan sahaja dari dalam diri masyarakat, bahkan juga para pemimpin negara.

Kita saling memerlukan di antara satu sama lain bagaikan satu bangunan, dari pancang, dinding, tiang hinggalah ke bumbung, bersatu antara satu sama lain pasti bangunan akan utuh dan cantik

Begitulah peranannya rakyat Malaysia,selamilah peranan sebagai rakyat mahupun pemimpin. Maka tepatlah tema kali ini sehati sejiwa akan membawa seribu satu harapan. Selamat Hari merdeka


MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!
MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA!!!


Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA