SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016 -SYUKUR SELALU

Hello. Kabare (Bahasa wong jowo) & Assalam & salam sejahtera . Tak jawab dosa.

"SELAMAT HARI RAYA HARI UNTUK KITA BERSUKA RIA SETAHUN HANYA SEKALI MERAYAKAN HARI YANG MULIA INI"

Wow !! Layan lagu raya ni memang best setiap kali dah nak dekat raya. Tambah lagi lagu raya favourite kita. Dia punya mood raya tu sampai tahap dewa dibuatnya. Pagi selepas sahur layan lagu raya. Tengahari pun lagu raya. Petang sebelum berbuka layan lagu raya. Lepas terawih pun layan lagu raya gak. Agaknya kalau macam ini lah hidup kalau dengar lagu raya je 24 jam, mau sebulan Tak habis nak dengar. tu belum lagi plus dengar lagu raya time open house belum lagi bulan biasa. Normal la tu kan Raya setahun sekali datang. bukan 2 ke 3 kali setahun. Yang aku membebel ni tengah mood dengar lagu raya jugak ke??? Dulu ye lah suka lagu raya enytime tak kira pi shopping ke dalam kereta. sekarang hmmm mood raya tu hilang seri. sebab dah besar kot. tambah lagi tahun ni last beraya sebagai orang bujang. Tahun depan tunang kot. cewhhh


Ehem borak pasal raya ni Gais baju raya berapa pasang? jawab dalam hati.. shawl berapa pasang;; girl je jawab dalam hati, Nanti raya tudung tu nak belit cam mana?? belit macam ular sawa ke ikat macam hantu pocong. Yang lelakinya tahun ni raya pakai jubah ke baju melayu hispter ke or tak pakai baju. hahahha !! Aku punya baju raya tak boleh kasi taw sekarang. secret !! nanti time raya baru aku update pasal raya aku. Yang paling penting sekali raya ni is kuih raya. Siapa nak datang rumah aku jemput la. Rumah area Banting. Nak teringin jumpa tuan tanah ni PM je tak pun email zulhilmi_khairuddin@yahoo.com. Ha ada ke yg datang. Kalau tak taw malu :)). sebab nya tahun ni kuih raya aku spesis sikit. Hmmm Open house sorry la memang setiap tahun tak buat. Off house gituww. Nanti la tahun depan ke aku nak wat open house sekali dengan majlis tunang.
RAYA TAHUN LEPAS. Family & Nenek Napsiah




Dan akhir sekali dengar lah serangkap pantun dari saya

Yang jauh itu waktu, yang dekat itu mati, Yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang mudah itu Berbuat dosa, yang panjang itu amal soleh, yang indah itu saling memaafkan . Salam Aidilfitri Maaf zahir dan batin. kosong kosong syukur selalu. bye

Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA