FARA FAUZANA NIKAH 17 SEPTEMBER

Bekas Penyampai Radio Hot Fm & pengacara popular Fara Fauzana, 36 bakal menamatkan zaman bujangnya pada 17 September 2016 dengan seorang ahli perniagaan hanya dikenali sebagai Hafiz.

Majlis akad nikah bakal berlangsung di Dewan Mustapha kamal Neo Damansara & Fara fauzana memberitahu majlis berkenaan akan berlangsung pada pukul 9 pagi.

Tambahnya lagi, dia mengenali Hafiz sejak 2 tahun yang lalu sebelum majlis merisik di kediamanya pada 17 February lalu.

"Tiada majlis pertunangan diadakan selepas ini dan kami hanya mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan"

Fara berkata, sifat keperibadian Hafiz menyebabkan beliau terbuka hati untuk menerima kehadiran lelaki tersebut ke dalam hidupnya

" Hafiz seorang yang penyabar, pendiam dan yang paling penting mempunyai pegangan agama. Kami banyak persamaan dari beberapa sudut cuma dia kurang gila"

"dia juga sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah suruh saya berhenti kerja selepas bergelar isteri kelak"

Tahniah kepada Fara Fauzana & bakal suami semoga majlis berjalan dengan lancar. insyallah.

Fara Fauzana Nikah 17 SEPTEMBER


Video Pengumuman tarikh Pernikahan Fara Fauzana 



Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

ARWAH SI IBU SAAT DATANG MELAWAT JENAZAH ANAKNYA