SPM AKU DULU HANCUR SEKARANG JADI ASSISTANT EXCECUTIVE

Terlebih dahulu nak ucapakan congratulation to all student spm 2016 yang dapat result cemerlang Straigth A. Bagi mereka yang tak dapat semua A atau tkdak A its okay cuba lagi di masa akan datang.Banyak lagi peluang & ruang yang ada. Perjalanan korang tu masih panjang jauh lagi. Nanti Kalau masuk U korang kena  fight kaw-kaw supaya boleh dapat pointer 4 flat masa masuk Universiti nanti. huhu~

Bagi adik- adik yang result nya tak berapa nak  elok tu abang nak sarankan apply lah mana2 institusi tempat study kat Malaysia ni ada banyak. contoh Politeknik, Kolej komuniti, giat mara, ILP & lain2. Kalau tak sambung lah form 6

Aku just nak share lah zaman SPM aku dulu dah alang result spm keluar ye dok. Aku dulu spm takde lah bagus sangat. belajar pun main main. tapi bila aku study memang study betul- betul. Hasilnya tiap kali result keluar still mcm tu je tak ubah dari awal masuk form 5 sampai nak dekat trial spm. Masa trial tu lah baru terhegeh hegeh nak selak buku. kengkononya. Habis je SPM aku pun tak taw nak ke mana hala tuju selepas itu. Yang aku tahu time tu duduk rumah makan tidow makan tidow ambik lesen pun tak apantah lagi nak fikir sambung belajar kat mana. bodoh kan dulu aku hahaha.

Walaupun spm aku tak berapa nak elok sangat, aku rasa bersyukur sangat  hingga ke hari ini aku masih boleh lagi meneruskan kehidupan boleh lagi cari rezeki yang halal utk family & juga berjaya dalam bidang pekerjaan aku sekarang. Now aku dah boleh berbangga sebab Aku kini dah pun menjadi  executive assistant Human resourses (HR) di salah sebuah syarikat di shah alam. Aku berkerja pun bermula dari bawah dari seorang staff biasa. Then bila kerja okey, kehadiran ok boss pun nampak aku okey terus dinaikkan pangkat. Alhamdulillah. Siapa kata budak Yang tak berapa nak cemerlang tak boleh berjaya!!. Sebenarnya boleh cuma kita kena kuatkan semangat, kena usaha itu yang paling penting & jangan jadi hipokrit. Kadang-kadang mentality rakyat malaysia ni je yang tak berapa nak betul kata orang yang gagal sesuatu tak boleh nak berjaya. come on la now sekarang aku dah buktikan. Aku bukan nak riak cuma hanya sekadar perkongsian. Berbalik kepada alam pekerjaan ni zaman sekarang memang susah nak dapat kerja, sekarang pun kat luar sana graduan menganggur semakin hari semakin ramai. pekerjaan pula terhad. sekarang jangan memilih pekerjaan itu yang paling penting.  Kat company aku contohnya bahagian production ramai je budak lepasan degree, diploma yang berkerja. Aku tanya  Diorang takdak pun rasa malu. Hmm yang penting niat kita untuk bekerja. Baru2 ni aku pernah be kerja kat Pos Malaysia, ramai je graduan degree yang berkerja kat situ.  okey lah itu sebagai perkongsian utk  harini . Anggap ianya sebagai satu pengajaran buat diri aku & korang yang kat luar sana tu. To adik2 pilihlah course yang betul- betul korang minat. Jangan suatu hari nanti korang menyesal tak sudah. k bye Assalamualaikum


Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

12 PESERTA IDOLA KECIL ULTRA