TSUNAMI SEBAGAI PENGAJARAN
"Dari jauh aku melihat seperti ada asap hitam yang tinggi dan tebal. Asap itu rasanya berjalan ke arah kami, makin lama asapnya makin tinggi sampai pohon kelapa. Tidak lama setelah itu asapnnya turun dan merobohkan semua bangunan di depannya. Setelah itu aku baru sedar kalau itu bukan asap,itu gelombang air laut besar,TSUNAMI namanya" Demikianlah yang dicoretkan oleh Nelva Amelia, seorang gadis Aceh berhubung peristiwa Tsunami yang melanda wilayah itu pada 26 Disember 2004. Hari khamis lepas,genaplah sembilan tahun bencana alam yang melanda Asia Tenggara itu berlaku, bukan sahaja Aceh malah beberapa negara lain turut menerima hempasan ombak besar sehingga meragut ribuan nyawa. Aceh paling teruk menerima kesanya apabila bukan sahaja ribuan rumah dan bangunan ranap, malah dianggarkan sekitar 220,000 rakyat wilayah itu menjadi korban. Untuk rekod, tsunami paling terburuk berlaku di Japan pada 15 June 1896 yang menyaksikan 21,000 orang terbunuh. Walaupun kini Aceh dan b...