Posts

Showing posts from June, 2014

SALAM RAMADHAN 1435 HIJRAH

Image
Assalamualaikum. Today, first day Ramadan and  Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita dipanjangkan usia dan diberi peluang lagi untuk menikmati bulan yang penuh barokah ini sekali lagi. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan kemudahan yang baiknya agar kita dapat merebut segala kelebihan dan ganjaran dibulan mulia ini..insyallah, Amin Doa' malaikat jibrail menjelang ramadan "Ya Allah, Tolong abaikan puasan ummat Muhammad,apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut. *Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya *Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri, *Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya So. di bulan yang mulia ini, saya ingin memohon maaf salah silap, terkasar bahasa, terumpat, terngata, terambik, termakan, terminum harap dimaafi.. Harap Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya, insyallah.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Image
Ahlan wa sahlan marhaban Ahlan wa sahlan, Ya Ramadhan Ahlan wa sahlan marhaban Ahlan wa sahlan, Ya Ramadhan Ramadhan menjelma lagi Menghimpun dan maghfirah Bertambah keberkatan Dengan amal ibadah Diri tunduk keinsafan Dan rasa berdosa Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini Usah biarkan berkatnya Berlalu sia sia saja Ia hadir bagai air bah Membasuhi daki dunia Sambutlah ramadhan dengan jiwa terbuka seperti ketibaan orang yang kita cinta dengan ucapan Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan Hati gembira pintu terbuka Rahmat Allah Yang maha besar Ditaburi mutiara hikmah al-quran Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan didatangkan pula Lailatul qadar Pengorbanan yang dibuat balasanya syurga

THROWBACK : ZAMAN PERSEKOLAHAN

Image
Assalamualaikum guys.. Zaman persekolahan adalah satu kenangan yang kita tak akan dapat lupakan. Pelbagai kenangan manis, pahit, semualah dikongsi bersama rakan-rakan. Sedar tak sedar dah 6 tahun "aku"tinggalkan alam persekolahan & last saya sekolah tahun 2008. Mendapat pendidikan awal di SK Jenjarom, disitulah aku mula-mula  kenal ABC di darjah satu sampai tamat ke UPSR tahun 6 2003 di penghujungnya. Hari pertama persekolahan aku mula kenal dengan rakan2 baru, walaupun ada sebahagian nye aku dah kenal sejak dari tadika lagi. Banyak sebenarnya kenangan sekolah rendah ni, salah satunya kena denda ngan cikgu akibat kenakalan saya, dah tak ingat time tu darjah berapa,ermm Sekolah Rendah Menyambung pendidikan di alam sekolah menengah, mengajar aku tentang alam dewasa, pelajaran pun semakin hari semakin susah. Di SMK Jenjarom, aku dapat mengenal masyarakat berbilang kaum antaranya cina, india, mahupun sabah?? ehhh sabah..ada time tu..Kita kan 1 Malaysia. Selain it...

BERSAMA HAZIQ ANAQI

Image
Hallu, Assalamualaikum. Anak adalah cahaya kehidupan setiap pasangan yang sudah berumah tangga. Anak juga merupakan buah cinta kasih sepasang anak manusia. Seorang anak adalah anugerah terindah dari yang maha esa tanpa seorang anak suatu mahligai bagai tak bermahkota. Baru-baru ini belek Facebook jumpa gambar anak buah Cik Mie merangkap anak sepupu Kak Norazizah Mat Som iaitu Haziq Anaqi. Sungguh comel muka budak tu. Tak caya nanti saya upload kan 1 gambarnya. Macam tak percaya dulu jumpa kecik je masih baby-baby lagi, sekarang dah besar pun Haziq. Jarang jumpa kan, Bukan selalu. Kebetulan sabtu lepas jumpa Haziq dekat Rumah nenek di satu majlis tahlil. Haziq Anaqi Ha !! comel tak gamba dia, hihi.. Baru berusia 8 bulan, kalau adik "manis" nak ngurat Haziq, haziq tak kesah. Haziq kan comel and hensem. hahahaha. Ok layan la puas-puas tengok muka budak haziq tu. Confirm nanti akan ada yang tergoda. Bye :)

TWITTER LANCARKAN "HASHFLAG" PIALA DUNIA 2014

Image
Jaringan laman sosial twitter melancarkan hastag khusus untuk Piala Dunia 2014 yang dinamakan Hashflag pada selasa (10/6/2014) .Hashflag memungkinkan pengguna twitter menampilkan gambar (emotion) bendera negara peserta Piala dunia di dalam tweetnya. Hashflag bermula 13 Jun - 14 Julai 2014 Group A  #BRA - BRAZIL #CRO - CROTIA #MEX - MEXICO #CMR - CAMEROON Group B #esp - Sepanyol #ned - belanda #chi - chile #aus - Australia Group C #Col - Colombia #Gre - Greece #Civ - Ivory Coast #Jpn - Japan Group D #Uru - Uruguay #crc - Costa Rica #eng - England #ita - Italy

SELFIE DAN SELFIE..

Image
Assalamualaikum Baru balik dari  kampung, penat semalam pun belum hilang lagi..hmmm!! First nak cerita pasal perjalanan kami sekeluarga dari Banting nak ke Jalan Belimbing,Meru, gerak dari rumah 5.15 ptg yang mengambil masa 1 jam kalau melalui jalan shortcut and kalau lalui Highway mau 1 jam setengah, itu pun kalau jalan tak jem,hihi.. sabtu lepas punya cerita Sampai Jalan Abdul Manan, Allah beri ujian yang amat hebat, bunyi dentuman tayar kereta daddy me rosak, time tu dalam hati cik mie dah terbayang Rumah nenek, sedara mara & so on. Cari punya cari bengkel kereta, last2 dapat juga, pukul 7.15 malam. Alhamdulillah settle. 7.30 sampai rumah nenek, Majlis tahlil bermula, kebetulan time tu semua masing-masing sampai, kenduri tahlil itu hanya dihadiri oleh keluarga belah ibu dan Wak @ nenek,atok adik beradik nenek cik mie, bila dikumpulkan memang ramai jadinya, sepupu pun boleh tahan juga ramainya, tapi ada juga yang x hadir atas urusan kerja. Cousin: Nisa,Liena,Me,Adzri...

ABBY ABADI CERAI TALAK SATU

Image
Teka Teki status rumah tangga Pelakon & Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi akhirnya terjawab jua apabila sah bercerai dengan talak satu dengan Muhammad Farhan Che Bakar, 24 di Mahkamah Syariah Gombak Timur. Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mendengar kes pasangan tersebut memutuskan lafaz cerai menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37 pada sebutan pertama pada 29 Mei lalu memberitahu Mahkamah Farhan membuat lafaz tersebut pada pukul 10.25 pagi selepas bertengkar pada malam sebelumnya. Bagaimanpun kes tersebut ditangguhkan selepas Abby Mendedahkan kepada mahkamah Farhan pernah memaklumkan kepada seorang teman pada januari lalu menerusi sms bahawa dia sudah "tiada apa-apa" lagi dengan Abby. Abby dan Farhan berkahwin pada 9 Julai tahun lalu, di selatan Thailand namun disahkan di Kelantan. Perkahwinan Abby dan Farhan kini tinggal kenangan Farhan akui diceder...

DAH LAMA TAKKK???

Image
Assalamualaikum.. First sekali, Nak cakap dekat semua orang yang sebenarnya Cik Mie dah lama tak upload pic sendiri dekat dalam blog. Last berbuat demikian akhir bulan March, Lama sangat-sangat la. Baru-baru ni sempat posing sikit untuk tatapan sendiri dan orang luar sana. Kalau nak sangat muka sebenarnya boleh je pegi ke instagram : Kisahhelmi http://instagram.com/kisahhelmi?ref=badge and kalau korang nak follow instagram admin pun tak pe gak lebih afdal. Youhelmi offical                                            Edit : Photo Fania                                            #selfie .. hihi Sekian,

ERA FM KEKAL STESEN NO 1 MALAYSIA

Image
Assalamualaikum Berita baik buat pendengar setia Radio Era.fm apabila diiktiraf sebagai stesen yang mempunyai jumlah pendengar paling ramai iaitu 5.2 juta pendengar. Hasil kajian juga mengesahkan bahawa stesen radio no1, no2 dan no3 adalah kekal milik Astro Radio yang telah dikeluarkan oleh Pengukuran  Radio Nielsen, liputan 1,2014 pada minggu lalu. THR.Fm(Ragaa &Gegar)terus memperkukuhkan kedudukan stesen no1 kegemaran di pantai timur Semenanjung  pula menduduki tempat kedua dengan jumlah 3.5 juta pendengar, manakala sinar Fm pula menduduki tempat ketiga dengan purata jumlah pendengar sebanyak 3.4 juta. Sementara THR Fm Ragaa pula masih tidak berganjak dari kedudukan lama dengan mengekalkan kekuatan gelombangnya sebagai stesen no1 Tamil dengan 1.8 juta pendengar.

NURNISA KE MELAKA

Image
Assalamualaikum, hai You all Cuti sekolah kembali lagi..huhu, sudah semestinya orang yang paling happy adalah "budak" sekolah. Ok baru2 ni Cik Mie cek2 la instagram followers.. tup tup aii terpandang gambar keriangan Followers sorang ni, sape yang dimaksudkan ???? Dapat Jawab saya kasi ang pau RM2.00 tapi tunggu time raya nanti erk..hihi (Untuk budak2) Dia senanya Ke Melaka bersama family belah emak dia at Perak yop.. Sebelum gamba ni keluar dia dah menafikan sekeras kerasnya "Honeymoon", last2 kantoi juga :P . Berikut satu keping gambar yang beliau dah upload dalam twitter Nurnisa   @ nurnisa_najwa  ·  Jun 2 Breakfast at mahkota hotel melaka

SULTAN AZLAN TOKOH PELBAGAI BIDANG

Image
Almarhum Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah yang mangkat pada usia 86 Tengahhari rabu lalu akan dikenang sebagai seorang pemimpin dan tokoh yang banyak berjasa kepada negara menerusi penglibatan baginda dalam bidang perundangan, pendidikan dan sukan. Sejarah hidup Almarhum bermula apabila diputerakan pada 19 April 1928 di Batu Gajah,Perak. Mendapat pendidikan awal di sekolah Kerajaan (Inggeris) Batu Gajah yang kini dikenali sebagai sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah, Sultan Azlan kemudian melanjutkan pelajaran Menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum menyambung pengajiannya dalam bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kigdom. Almarhum dikurniakan Ijazah undang-undang pada 1953 dan pada 23 November 1954, diterima sebagai ahli dalam The English Bar oleh The Honorable Society Of Lincoln Inn. Memulakan perkhidmatan awam sebaik sahaja kembali dari United Kingdom, Almarhum bertugas sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Set...