Posts

KEPUTUSAN PT3 DiUMUMKAN, NISA NAFI KEPUTUSAN MENGECEWAKAN

Image
Tahniah dan syabas buat adik- adik yang cemerlang dalam PT3 yang mana keputusan sudah pun dikeluarkan tempoh hari, yang mana tak berjaya try lagi usaha dalam SPM nanti. Dengar cerita PT3 tahun ini majoriti sekolah ternama calon semua A merosot betul ke?? Dalam pada itu, dari beratus ratus ribu calon PT3, salah seorang  calon nya adalah sepupu saya Nurnisa Najwa Ahmad Najid pelajar SMK Meru, Klang.. Beliau ada meng upload  beberapa keping gambar sekitar keputusan PT3 tersebut. Dalam status instagram beliau seolah olah  tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan redha. Beliau sendiri tidak menyatakan gred pencapaian PT3 di gambarnya " sesuatu yang kita impikan tidak selalu menjadi kenyataan, tetapi apa yang tidak diduga berlaku, Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan, tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selamanya" Buat Nisa, jangan bersedih & selalu tabah kan hati dalam menerima keputusan, Ingat lepas ni...

KEMALANGAN AHAD LALU SEBAGAI PENGAJARAN

Image
Pada malam ahad lalu, 7 Disember 2014 selepas pulang dari bekerja di Econsave Banting di waktu hujan sedang renyai - renyai membasahi bumi Banting, dalam pukul 11 malam aku terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu selekoh di Jalan Haji Idris di jalan rumah ku, Kejadian yang agak pantas itu berpunca dari terbreak moto terlalu kuat lalu aku terjatuh selepas sebuah kereta Jenis Wira lalu. Sejurus selepas itu, ada seorang hamba Allah ni sudi datang membantu aku ketika kejadian. Kejadian itu amat tidak boleh aku lupakan sampai bila2 dan ianya akan menjadi iktibar untuk aku tidak ulangi nye lagi.. Tak pasal-pasal dapat MC 2 hari dari doktor and esok dah start keje. Dalam kemalangan tu hanya cedera ringan sahaja, cedera tangan belah tangan, lutut dan tumit belah kanan. Esok kerja balik semula, malas sungguh rasanya but it's okay coz sebelum memulakan tugas, ada sikit ucapan dari manager, supervisor dan last dengar cerita ada jamuan untuk staff yang lahir pada bulan disember, ermmm...

KONVOKESYEN ANISAH MUAH 2 DISEMBER MERIAH

Image
Sekalung tahniah diucapkan kepada sepupu, Nur Anisah Muah atau nama timangan nye "Anis". Beliau telah pun bergelar graduate pada 2 Disember lalu yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UITM shah Alam. Anisah Muah, 22 tahun adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kulinari kampus tetap UITM Puncak Alam yang mendapat gred kumulatif 3.29 HPNM telah memasuki UITM pada 2011 selepas menghabiskan pelajaran beliau di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pada 2009.  "Alhamdulillah, finally graduate juga.. thanks wat mak abah yang bagi sokongan sampai kini and buat kawan juga yang membantu dalam pembelajaran dan begitu juga Lecture kulinari, thanks banyak 2, terharunya" Kata beliau. Wak muah, Anis & Mak ngah Bersama teman seperjuangan syabas dan semoga  sukses & kerja luar yang bagus sana. amin

EWAL AF2014- KEMBALIKAN SEMULA

Image
Kau adalah cinta terakhir dalam hidupku Kau tutup semua pintu cinta buat diriku Masihkah bisa Ku katakan padamu Maafkanlah Maafkan aku yang berdosa Kembalilah sayang aku merana Cukup sudah cukup sudah Sakitnya jiwa Kau musnahkan semua Cerita cinta ku denganmu Kau pergi tinggalkan aku jauh sendiri Jatuh aku tanpamu Hilang semua harapan dan impianku Maafkanlah Maafkan aku yang berdosa Kembalilah sayang aku merana Cukup sudah Ohh mengertilah Ku ingin kau mengerti sayangku Ku mohon kembalikan semua Rasa cinta kita Yang dulu semula.. semula Kembali semula… semua.

KERJA OH MY KERJA

Image
Semekom. Lama nya sudah tak upload blog, Nak tanya korang, masih ada lagi ke yang merindu aku ni. Lama kan rasa rasanya. Kemana aku hilang selama ni?? Nak tahu ke? Alhamdulillah dah nak 2 bulan macam tu aku bekerja selepas tamat belajar dulu, lama kot tanam anggur kat rumah, adalah dalam 10 bulan macam tu. Kerja kat mana tu rahsia peribadi tak nak share, shitttttt. Nak juga cerita pengalaman aku kerja kat situ, First time Outstation di luar Selangor, (Kuala lumpur) je pun. Dari pagi bertolak sampai hari jumaat pagi balik memang satu pengalaman yang amat berharga. Kebetulan company kasi makan free, Thanks Boss & supervisor yang sudi velanja kami staff malam semalam, kenyang mum mee kari semangkuk & ABC semangkuk. erghhh kenyang.. hahahaha. Malam tadi dalam pukul 1.30 pagi makan free lagi berlaukkan lauk kubis, ayam masak merah and kuah kari kentang sungguh menyelerakan. Kalau di bagi peluang sekali lagi nak je aku pegi oustation tempat lain. Best sebenarnya gi lawat tempatke...

PART2 MAJLIS PERTUNANGAN AQILAH & ARIFFIN

Image
Assalamualaikum. sihat korang, Memandangkan hari ni aku off day keje so ape lagi update blog la. hahaha. Nak share sikit lah serba sedikit masa majlis pertunangan sepupu yang berlangsung 9 november lalu. Actually tak banyak cerita yang disampaikan, tapi cukup untuk diketahui . Berikut corat coret semasa majlis pertunangan Aqilah & Ariffin 1. Jemputan memenuhi kawasan majlis seawal jam 2 petang lagi secara tertutup yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga, sanak saudara dan rakan pengantin. 2.Majlis pertunangan berlangsung pada pukul 3.20 petang dimana ibu tunang lelaki, Faridah Bt Kassim menyarungkan cincin ke jari manis Aqilah. 3. Selepas selesai berbincang kedua belah pihak majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun hadapan. 4.Tarikh akad nikah pada 1 Mei 2014 iaitu jumaat manakala majlis resepsi pula pada 3 Mei 2014 & majlis bertandang seminggu selepas itu. 5. Majlis akad nikah khabarnya akan diadakan di salah sebuah masjid di Banting. 6. Sebanyak 9 dulang dari ...

FIRMAN JUARA AKADEMI FANTASIA 2014, NUHA LUPA LIRIK

Image
Ahad lalu menyaksikan pelajar dari Tawa, Sabah berumur 25 tahun iaitu Firman atau nama sebenarnya Mohd Firman Bansir dijulang sebagai juara AF2014 mengetepikan 4 pencabar lain di konsert akhir yang berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam. Memperoleh undian sebanyak 39.9% firman menyanyikan lagu Kejoraku bersatu dan sebuah lagu baru berjudul Di  pintu mu sekaligus membawa pulang hadiah sebanyak RM100,000 beserta sebuah trofi dan Kereta Toyota Vios. Naib juara pula disandang oleh Aman yang membawa 2 buah lagu iaitu Mewangi dari Akim & sebuah lagu baru (Without you). Tempat ketiga pula Ewal Matahari (Hafiz) & Kembalikan semula. Pelajar dari Klang, Nuha semasa persembahan beliau sebenarnya terlupa lirik hanya berpuas hati di tangga ke 4, dan akhir sekali, pelajar yang diserap masuk semula, Adel di tempat ke 5.