Posts

NANASHEME - HANTU ATAU BUAYA

Image
Sakit hatiku memikirikan kamu Sakit mataku melihat wajahmu Dimana sayangmu dimana kasihmu bila ku pilu engkau jauh engkau jauh Dimana dirimu dimana waktu Bila ku perlu engkau jauh Terpulang lah mau jadi apa mau jadi hantu mau jadi buaya Terpulanglah mau bikin apa mau bikin  masalah serah teruskan sahaja Andai nya aku kau ingin semula Maafkan aku ku tak mahu ku tak rela Dimana sayangmu dimana kasihmu bila ku pilu engkau jauh engkau jauh Dimana dirimu dimana waktu Bila ku perlu engkau jauh Terpulang lah mau jadi apa mau jadi hantu mau jadi buaya Terpulanglah mau bikin apa mau bikin  masalah serah teruskan sahaja Terpulang lah mau jadi apa mau jadi hantu mau jadi buaya Terpulanglah mau bikin apa mau bikin  masalah serah teruskan sahaja

PEKERJA PANASONIC

Image
Assalamualaikum pembaca. Dah lama beta tak update blog ni,ciewah.. ermm last berbuat demikian march lepas, tak lah lama sangat kan macam aku ni setahun tak tulis blog. huhu ~ So, selama tiada saya selama ini I memang bezy sekarang tak ada masa, kerja kan :). Alhamdulillah lah masuk minggu ni genap sebulan kerja. Dekat mana? owh nanti saya ceritakan. Selama ini tak pernah tau pun kerja tempat ni, tapi hari sebelum nak interviu belek-belek la google cari "Kerja kosong" jumpa satu tempat kosong dengan segera. Apa lagi pergi lah aku ke tempat kejadian (Interviu) & dalam masa yang sama dapat pula job.Alhamdulillah senang je aku lalui interviu tu. Nama syarikat tempat aku kerja tu namanya adalah PANASONIC Seksyen 21, Shah Alam. Syarikat buat Air cond. First masuk kerja, ingat aku sorang diri je yang masuk, rupanya ada 7 yang lain. Yang menarik nya 6 staff baru OKU and salah seorang nya dia boleh cakap cuma tak boleh dengar. Nama beliau Amir. Kalau nak cakap dengan Amir ni ken...

KILA & ARIFFIN NIKAH 1 MEI, SANDING 2 MEI 2015

Image
Artikel sebelum ini sudah diuarkan bahawa majlis persandingan belah perempuan iaitu cousin saya Aqilah Bt Mohd Izazi & tunang beliau Mohamad Arffin Zainuri akan diadakan pada 3 Mei sebenarnya nak diperbetulkan sikit bahawa kedua dua belah dah bersetuju majlis akan diadakan Pada 2 Mei 2015. Majlis akad nikah Qila dan ariffin bakal diadakan pada 1 Mei 2015 di Masjid Al-falah,jenjarom. Majllis di khabarkan akan dilangsungkan selepas solat jumaat. Satu lagi majlis menyambut menantu akan dilangsungkan 10 Mei 2015. Qila & Ariffin senior satu sekolah dulu at SMK Jenjarom. Kedua-dua nya selamat ditunangkan pada November tahun lepas merancang ingin berbulan madu di Bali, Indonesia. Semoga majlis cousin ku berjalan dengan lancar dengan jayanya. Amin

Raya cina 2015 di Meru,Klang

Image
Hai, Gong xi Fai cai yang tak berapa nak fai cai sangat. hahaha, walaupun Hari raya tahun baru cina dah seminggu berlalu. namun bahang sambutannya tetap dirasai di sana sini. Sempena sambutan raya cina yang lalu.seperti lazim nya and adat setiap kali perayaan memang akan pulang ke kampung halaman di Meru, Klang . Berkampung selama 2 hari 1 malam :). Kami bertolak dari rumah jam 10.15 malam, sampai sana tiba-tiba dapat panggilan dari wak bahawa jiran sebelah rumah ada orang meninggal. Allah time tu rasa nak balik je ziarah, tapi nak buat macam mana terpaksa lupakan sebab jauh. Hanya Al-Fatihah sahaja yang mampu aku sedekahkan. Tiba di sana ada sepupu yang aku sayangi datang especially Adlina Roshid cousin aku yang dok Bukit Kerayong & adik beradik nya. hahaha, Rajin Adlina study nak dekat PT3 ni. Petang sabtu tu kami, wawan dan danish ke Seberang kampung Bkt Kapar jalan2. sambil jalan tu usha la awek sikit kot2 ada yang berkenan. hahah, gatal ko mie* owh aku dah berpunya. Lama jug...

HAPPY BIRTH DAY SHAHRIZAN

Image
Hari ini 2 March 2015 genap 24 tahun kawan baik aku dari sekolah, Mohamad shahrizan Mohd hadzar. Beliau ni seorang yang sempoi, baik hati & kadang2 perangai nya ada la juga ego sikit.  haha. Ijan Pemegang Diploma Office  ni dulu time sekolah kalau korang nak tau adalah ketua class kami time form 4 and 5.  Banyak suka & duka aku bersama dia selama kami berkawan, habis SPM semua buat hal masing-masing sampai satu tahap 1 tahun tak jumpa dek kerana kesibukan hal dunia. Tahun 2015 ni aku sebagai kawan cuma nak wish Happy birthday to you Shahrizan. Semoga kau dilimpahi rahmat & dipercepatkan jodoh, aku pun dah tak sabar nak makan nasi minyak ko..uhuhu~ . ok satu lagi,hari ini sempat upload 1 gambar beliau kat Instagram wish befday dia. Nak tengok boleh gi Instagram me:kisahhelmi  So ni linknya kalau korang nak https://instagram.com/kisahhelmi Happy Birthday Ijan

YUSOF TAHIR BAPA MUZI YUSOF MH370 MENINGGAL DUNIA

Image
Assalamualaikum, dengan rasa dukacita nya saya ingin merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Yusof Tahir yang kembali ke rahmatullah pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala lumpur. arwah adalah jiran sebelah rumah saya Allahyarham yang juga bapa kepada salah seorang penumpang MH370 yang hilang 8 Mac 2013 menghembuskan nafas yang terakhir jam 11.25 pagi akibat masalah jantung. Arwah sebenarnya memang sudah lama menderita pelbagai penyakit, namun sejak akhir ini keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan. Allahyarham Yusof Tahir meninggalkan seorang balu iaitu Wak Imah nama singkatan beliau dan 10 orang anak serta cucu. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Jenjarom selepas solat Asar sebentar tadi. Kenangan..Arwah Yusof Tahir dan isteri beliau Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang bertaqwa dan beramal soleh.Al-Fatihah

NIK AZIZ SELAMAT DIKEBUMIKAN

Image
Jenazah bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat selamat dikebumikan tepat jam 10.55 pagi semalam di Tanah perkuburan Islam Pulau Melaka bersebelahan pusara bapa beliau. Jenazah Allayarham sebelum  itu disolatkan di Masjid Pulau Melaka pada jam 10 pagi yang dihadiri lebih kurang 30,000 orang yang hadir. Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara tetamu VVIP yang hadir menziarahi jenazah Mursyidul Am PAS itu. Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu kira-kira pukul 9.40 Kelmarin. Bekas menteri Kelantan itu menghidap penyakit Kanser Prostat tahap empat sejak beberapa tahun lalu telah dibawa pulang ke rumahnya sejam sebelum itu selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti sains Malaysia (HUSM) sejak 20 januari lalu. Allahyarham yang lebih mesra di kenali dengan panggilan Tok Guru ini dilahirkan pada 10 Januari 1931 di Pulau Melaka, Kelantan mula berkhidmat menjadi wakil ra...